Tuesday 17 April 2012

Siswa di Dataran Merdeka terima khemah


Pelajar yang menduduki kawasan Dataran Merdeka untuk menuntut pengajian percuma menerima khemah baru hari ini untuk menggantikan khemah yang didakwa dirosakkan oleh pegawai Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.


Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam perkhemahan yang masuk hari ketiga hari ini.


Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Haziq Abdul Aziz berkata, kumpulan pelajar berkenaan menerima sekurang-kurangnya empat khemah pada hari sabtu, yang didirikan selepas ratusan kumpulan pelajar berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur.




Lima lagi khemah diterima pada malam tadi dan kumpulan pelajar tersebut juga menerim sumbangan makanan, minuman dan wang tunai. Malah, mereka menerima begitu banyak makanan sehingga terpaksa didermakan kepada golongn tidak berumah.


Tiga khemah berkenaan, daripada sekurang-kurangnya 12 khemah yag dimiliki mereka didirikan di Dataran Merdeka. Khemah selebihnya kini disimpan, kata Haziq lagi yang ditemui selepas insiden yang dialamai mereka pagi ini di mana salah satu daripada khemah itu didakwa diruntuhkan pegawai DBKL...

0 comments:

Post a Comment