Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum...


Tepat jam 0000 13 Mei 2012, aku merasakan sesuatu yang agak sedih dan terasa inginkan ibuku berada di sebelah aku kerana tarikh keramat inilah ialah hari ibu... Aku sangat bersyukur kerana sampai hari ini aku masih bernyawa dan dapat menyumbangkan baktiku terhadap ibuku.. Aku bersyukur kerana ibuku yang melahirkan aku di muka dunia ini dan memberikanku segala kasih sayang yang beliau telah curahkan kepadaku..

Marilah semua orang mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing dan menghargai mereka sampai ke hari ini kerana tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini.. Jangan kita sesekali melawan atau memarahi mereka kerana 'Syurga di bawah telapak kaki ibu'. Kita seharusnya selalu mendoakan kesihatan dan mendoakan segala-galaya kepada ibu kita dan kita sebagai anak mestilah sanggup menjaga mereka semasa mereka tua or sakit sepertimana mereka telah menjaga kita semasa kita kecil sehinggalah kita sudah menjadi besar dan matang..

Aku kat sini ingin berkongsi suatu doa yang selalu aku mendoakan kepada kedua ibubapaku tidak kira di mana aku berada. Doanya berbunyi macam ni, ' Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sejak kecil lagi '. Amin.

Setakat ini sahaja untuk post kali ini.. Minta maaf kalau ad terkasar bahasa atau apa2 je la yang buat korang marah.. Akhir kata, 'SELAMAT HARI IBU'.. Sekian, assalamualaikum....

Tuesday 8 May 2012

Antara fakta dan pembohongan BERSIH 3.0


Kali ini aku ingin menyingkap dan berkongsi info tentang fakta dan pembohongan yang berlaku semasa BERSIH 3.0 hari itu.. Aku sebagai rakyat yang neutral dan tidak sokong mana2 parti tapi disebabkan apa yang berlaku hari itu, aku rasakan takkan kita nakkan negara penuh dengan keganasan... Betul tak?? Aku cukup hairan dengan sikap pihak yanga tak habis-habis 'menegakkan benang yang basah' walaupun terjadinya keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu... Rakyat-rakyat Malasyia juga harus membuka mata dan menilai sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah.. Adakah korang nakkan parti memerintah dengan keganasan???? Korang semua boleh fikir dan boleh menilai sendiri dengan kejadian BERSIH 3.0 hari itu....

Okay.. Topik utama yang hendak dibincangkan adalah tentang fakta dan pembohongan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0.. 

Pembohongan 1:

Pembangkang mendakwa tidak diberi peluang mengadakan perhimpunan aman.

Fakta 1:

Penganjur BERSIH 3.0 memang ada minta untuk mengadakan perhimpuanan dan ini telah dipersetujui oleh kerajaan. Dan tiga hari sebelum perhimpunan itu, kerjaan telah memberi kepada pihak BERSIH 3.0 untuk menggunakan 4 tempat untuk mengadakn perhimpunan itu seperti di Stadium Cheras, Stadium Merdeka, Stadium Titiwangsa dan Stadium Nasional Bukit Jalil.. Tetapi apa yang berlaku??? Peserta BERSIH 3.0 still nak gunakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk berhimpun walaupun dah dilarang oleh mahkamah untuk berhimpun di Dataran Merdeka..

Pembohongan 2 :

Polis pukul orang media dan orang awam. Majlis peguam mendakwa polis telah melakukan kekasaran terhadap perserta BERSIH 3.0.

Fakta 2:

Banyak rakaman video menunjukkan kekasaran perserta BERSIH 3.0 terhadap anggota polis dan juga kepada media. Datuk S Ambiga juga turut menyatakan yang beliau tidak akan melakukan keganasan semasa perhimpunan dan beliau turut mengatakan bahawa akan mengikut segala perintah mahkamah yang tidak membenarkan memasuki kawasan larangan tetapi sebaliknya terjadi.. 

Pembohongan 3 :

Polis cetuskan provokasi

Fakta 3 :

Video rakaman ada menunjukkan polis tidak langsung menghalang peserta untuk berdemo. Tindakan polis mula diambil selepas peserta BERSIH 3.0 sendiri merempuh sekatan dan sebagainya.

Pembohongan 4 :

Kenderaan polis merempuh peserta

Fakta 4 :

Kenderaan polis merempuh peserta juga adalah tidak betul.. Cuba kita buka mata dan lihat semua video dan ada video dalam blog aku ini menunjukkan bagaimana rentetan peristiwa itu.. Peserta2 telah membaling macam2 ke dalam kereta mangsa dan ada seorang hamba Allah ini yang telah membaling suatu objek keras masuk dalm kereta.. Selepas itu, baru kereta telah hilang kawalan akibat terkena objek keras di kepala mangsa dan telah melanggar peserta2..

Pembohongan 5 :

Kira-kira 300000 peserta BERSIH 3.0 telah berdemo

Fakta 5 :

Media-media asing telah menganggarkan lebih kurang 50000 sahaja peserta yang terlibat dan pihak polis juga menganggar seramai 35000 perserta yang terlibat dalam perhimpunan itu... 

Pembohongan 6 :

Peserta BERSIH 3.0 keluar berdemo secara sukarela tanpa disupport..

Fakta 6 :

Peserta-peserta BERSIH 3.0 ada yang mengaku diberi duit poket sebanyak RM 100 dan diberikan hotel bajet untuk tempat penginapan dan juga makan minum selama tiga hari. Duit poket ini telah diberikan kepada peserta oleh parti2 pembakang yang menyokong perhimpuanan BERSIH 3.0 ini.

Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan fakta yang terjadi semasa kejadian BERSIH 3.0.. Dekat sini aku just bagi info sedikit sebanyak yang aku pernah baca. Kalau ada tersalah kata, minta maaf banyak2 dan kalau ada tersalah info minta maaf.. Kalau korang ada info lagi tentang pembohongan dan fakta, bolehlah komen kat post ni supaya kita sama2 dapat tengok dan mendapat info bersama.. Sekian, assalamualaikum..




Monday 7 May 2012

Kotak tisu boleh dijadikan kamera intipan???




Assalamualaikum...

Da lama agaknya tak upload blog ni... Hari ini terasa lak nak mengupdatekan blog ni... Macam biasa la, aku nak mengupas or nak memberi info sedikit tentang kotak tisu... Kalau dikatakan kotak tisu, semua orang mesti ingat ada tisu di dalamnya kan... Sekarang ni teknologi da semakin maju dan kotak tisu alaf baru ini dikatakan boleh dijadikan kamera intipan. Betul ke kotak tisu pun boleh dijadikan kamera intipan?? Semua orang mesti rasa pelik dengan kenyataan ini tetapi di zaman serba canggih ini macam2 boleh jadi.. Sebab tu sekaag ni banyak orang yang terkantoi video yang macam2 kan... Okay, sekarang ni mari kita bincangkan tentang info ini..

Kamera intipan sekarang ini, ada dijual dalam pelbagai bentuk dan saiz dan juga boleh menjadi bentuk sesuatu barangan seperti penyangkut baju, pembersih udara, jam dan macam2 lagi la.. Macam pelik kan, kamera intip ni boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk tetapi harus diingat sifat2 kamera intip ni selalunya tanpa wayar dang operasinya menghantar data kepada penerima tanpa memakai wayar. Korang mesti pelik kan macam mana nk bagi dekat penerima jika tiada wayar??? Meh la aku nak cerita sedikit tentang kamera intip ni.. Video yang dirakam oleh kamera intip ini akan direkod dan disimpan di dalam memori dalaman alat tersebut atau kad memori yang berasingan.. Kat bawah ini aku letak la gambar serba sedikit tentang jenis2 kamera intip yang ada kat pasaran sekarng ini..


Dekat gambar kat atas ni, anda dapat lihat bagaimana kamera intip ini di pasang pada alat2 tertentu.. Macam2 dah sekarang ni ada... Oleh itu, kita kena ambil langkah berjaga2 jika ada orang yang tidak dikenali mengekori or mendekai kita.. Mungkin dia adalah seorang spy kan.. At least, sediakan payung sebelum hujan... 

Berbalik kepada cerita asal pasal kotak tisu ni.. Kotak tisu ini pun dah ada kat pasaran selama lima or enam tahun yang lalu... Da lama sebenarnya benda ini ada, cuma kita je yg x tau wujudnya benda ini.. Cuba anda tengok kat gambar di atas sekali, cuba anda perhatikan di kod bar kotak tisu itu.. Sebenarnya di atas kod bar tu terdapat kamera intip yang dipasang.. Video yang boleh dirakam oleh kamera intip ini selama dua jam dengan kad memori bersaiz 4 gigabyte.. Sebenarnya ada kebaikan gak kamera intip kotak tisu ini.. Kepada parents yang terlalu sibuk bekerja kan, boleh la menggunakan kotak tisu kamera intip ini untuk mengintip amah or orang gaji di rumah mereka kan..

Berapa lama boleh tahan kamera intip ni kan?? Meh la ak story sedikit kat korang.. Kamera intip ni bergantung kepada bateri yang terdapat di alat tersebut kerana alat ini tidak disambungkan dengan wayar dan tidak dihubungkan dengan bekalan elektrik. Jadi, untuk korang pakai kamera intip ni, elok lah anda test dahulu berapa lama boleh tahan baterinya,....

Setakat ini sahaja info tentang kotak tisu kamera intip ni. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa or tersalah info.. Just untuk memberi info kepada anda dan kepada diriku ini... Sekian, assalamualaikum..

Saturday 5 May 2012

Pembongkaran misteri BERSIH 3.0...


Assalamualaikum..

Da lama x update blog ni lak kan.... Okay2.. Hari ni aku nak berkongsi lagi pasal cerita polis langgar pendemo masa BERSIH 28 April 2012 yang lalu... Aku ada terlihat 1 video ni memang jelas menceritakan situasi sebenar yang berlaku semasa kejadian itu... Video ini telah di ulas oleh pihak 'Kami Cinta Keamanan'.. Kami Cinta Keamanan ini adalah 1 agensi yang telah mengulas dengan teliti tentang kemalangan yang membabitkan anggota polis dengan pendemo tu... 

Aku dapat rasakan, setelah korang tengok video yang bakal ak pos ni, korang akan lebih nampak dan faham keadaan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas berlaku kejadian berlanggar tersebut.. Korang boleh menilai sendiri, siapa yang betul dan siapa yang salah.... Semua terserah di tangan dan bahu serta mata anda... Macam pernah ak story sebelum ni, ak x berpihak mana2 parti coz aku jenis neutral dan aku rasa Kami Cinta Keamanan ini adalah satu agensi yang tidak menyokong mana2 parti same like me la kan.. Cakap banyak pun x guna, korang pun mesti bosan dan menguap banyak kali kalau aku tulis lagi panjang ni..

Kat bawah ni aku sertakan video siap ada penerangan lagi, bagi korang tengok apa yang telah terjadi sebenarnya.. Kita jangan menuding jari kepada 1 pihak sahaja dan korang kena study dan siasat dulu sebelum nak salahkan seseorang or sesuatu parti... Korang kena buat CSI dulu, br ley taw dengan terperinci. Okay, okay, okay... Korg tengok video bwh ini.


Sekali lagi aku bgtau, korang teliti dan dan tengok betul2 dengan kejadian ini berlaku... jangan miss setiap saat tau... Setakat ini sahaja untuk kali ini.. Kalau ada terkasar dan tersalah info, maafkan diri ini.. Sekian, assalamualaikum..

Wednesday 2 May 2012

Perbincangan tentang polis melanggar pendemo...



Assalamualaikum..

Da lama x update blog ni.. Sekarang ni agak busy, biasalah student kan... Memang banyak keje pn.. Keje2 gak tapi isu negara jangan kita pandang remeh.. Aku kat sini nak la berkongsi pendapat ngan korang tentang BERSIH 3.0 yg berlangsung pada sabtu yang lepas dan aura2 tu masih ada lagi sampai sekarang ni... 

Bagi aku la, nak berdemo xd masalah pun.. Tapi nak berdemo pun ada adab dan tatasusila yang betul, barulah demo tu x jadi huru hara yang berlaku pada Sabtu lepas.. Aku x sokong2 mana2 pihak kerajaan or pembakang tapi kita ni dilahirkan sebagai manusia... Ada otak yang boleh berfikir secara rasional yang mana baik dan yang mana yang x elok.. Macam si penganjur perhimpunana ni Datuk S.Ambiga pernah berucap dan mengatakan bahawa perhimpunan ini akan dilakukan secara aman dan damai tapi apa yang telah jadi??? Sampai kereta polis diterbalikkan dan kawasan yang diharamkan masuk di ceroboh macam tu je...

 Aku sebenarnya tak la salahkan orang ramai 100 % pasal kes polis melanggar salah seorang pendemo pada hari sabtu hari tu.. Mungkin ada salah polis tu gak kan sebab dia melanggar orang awam kan.. Tapi kalau diikutkan la dengan video yang aku tengok tu, polis tu mungkin dah dalam keadaan pengsan.. Okay, mungkin korang macam x percaya kan kalau aku kata dia pengsan.. Tapi korang kena fikir, kalau la korang kat dalam kereta tu, kena pecahkan cermin, kena pukul lagi...Mungkin terkena benda keras kat kepala brader polis tu sampai dia pengsan sekejap.. Semua itu adalah kemungkinan yang aku rasa... Mungkin gak salah brader polis tu coz lalu kat kawasan geng2 BERSIH 3.0 tengah berdemo kan... Tapi yang ternyata la, aku rasa orang ramai yang salah pergi pecahkan cermin, pukul polis tu dan macam2 lagi la.. Memang la polis tu salah lalu tapi apa salahnya korang yang ad hati dan budi yang mulia ni just biarkan je polis tu lalu.. Just provokasi secara luaran je... X payah smpai nak pecahkan cermin kereta dan pijak2 kereta tu. Itu dah dipanggil biadap dan kurang sopan la rakyat malaysia lakukan sedemikian...  

Korang tengok la video yang aku post kat bawah ni.. Ini adalah link video yang telah dicombinedkan sebelum dan selepas kejadian tu berlaku... Aku dah try nak masukkan dalam blog ni tapi tak dapat pulak nak masukkan... Ak just bg linkje la korang try tengok...
(http://www.youtube.com/watchv=Ad_SS1B2mto&feature=g-all ).. Dalam video ni dah dicombinekan sebanyak 5 klip pendek yang telah dirakamkan.. Sebab apa yang aku cakap kat atas tadi yang dia tu pengsan kan.. Ok.. Aku bagi 1 lagi link untuk korang tgk. 


Perhati betul pada 34-37 saat.... Korang tgk keadaan polis dalam kereta tu.... Dia seakan-akan dah tunduk macam sudah pengsan.. Aku pun x pasti la dia pengsan or tak tapi bagi aku la, aku rasa mungkin polis tu pengsan seketika semasa dibaling objek2 keras sebelum dia melanggar orang awam..

Korang tengok dan teliti betul2 video yang aku post kat korang ni... Korang pun boleh berfikir kan yang mana baik dan yang mana buruk.. Tapi bagi aku la, ini adalah perbuatan kurang bermoral la.. Kalau nak berdemo xde masalah sebenarnya tapi berdemo menggunakan saluran yang baik dan ada adab dan tatatertib yang kena jaga...

Setakat ini je kot pandangan aku terhadap apa yang telah terjadi dan kalau korang ada idea2 or pendapat yang bernas, boleh luahkan kat blog aku ni.. Mungkin ada info yang aku lupa tengok kan... Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersalah info... Just nk kongsi pendapat.. Sekian, assalamualaikum...


Saturday 28 April 2012

Apakah terjadi bila kita jatuh sakit????





Assalamualaikum...

Amacam semua??? sihat ke hari ini..... Okay lah.. Hari ini dan pada pagi yang mulia ni aku nak kongsi sikit la dengan korang tentang suatu benda yang kita tidak nampak sebenarnya... Apakah yang terjadi bila kita sakit?? Mesti la kalau tengah sakit, kita akan rasa sakit kan.. Tapi sebenarnya, di sebalik kita sakit, ada benda ynag terjadi tetapi kita tak akan tau dan tak akan nampak benda ini berlaku.. Mesti korang tengah terfikirkan, apa benda yang akan terjadi disebalik kita ni.. Meh aku nak cerita sikit la...... Ni sebagai renungan dan ilmu kepada kita, insyaAllah..

Apabila seseorang hamba Allah S.W.T. jatuh sakit, Allah S.W.T. akan mengutuskan 4 orang malaikat datang kepada hambanya yang sakit. Sebab apa malaikat datang masa kita sakit??Ad 4 sebab mengapa Allah S.W.T. mengutuskan malaikat.. Antara sebabnya macam kat bawah ni...

  1. Malaikat Pertama akan mengambil selera makannya...
  2. Malaikat Kedua akan mengambil rezekinya.,.
  3. Malaikat Ketiga akan mengambil kecantikannya dan wajah menjadi pucat...
  4. Malaikat keempat akan mengambil dosanya..
Apakah yang akan terjadi kalau kita dah kembali sembuh???? Apabila telah sampai waktu Allah S.W.T. tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah S.W.T. akan menyuruh malaikat pertama, malaikat kedua dan malaikat ketiga untuk memulangkan kembali apa yang telah mereka ambil dari hambaNya yang sudah sihat dari sakit. Akan tetapi Allah S.W.T. tidak menyuruh malaikat keempat memulangkan kembali  dosan hambaNya itu.. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah S.W.T. terhadap hambaNya. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah S.W.T. memberi kita sakit, bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah ke atasNya. Kita kena ingat, sesungguhnya segala sakit yang diberikan kepada hambaNya itu adalah penghapus dosa-dosa kecil.. InsyaAllah.. Apa yang paling penting, melakukan ibadat dan teruskan berdoa untuk meminta kesejahteraan x kira di dunia or di akhirat.. Sama-sama kita, insyaAllah..

Setakat ini sahaja yang aku nak kongsi dengan korang.. Harap aku dapat memberi info sikit la kat korang semua.. Kita ambil semua ni sebagai teladan dan kita berharap iman kita akan lebih teguh dari sebelumnya.. InsyaAllah.. Sekian, assalamualaikum.

Thursday 26 April 2012

Kenapa kita di larang minum berdiri???



Assalamualaikum....

Pada petang ni, aku nak berkongsi la sedikit ilmu kepada korang dan juga kepada diri aku gak... Post kali ini aku nak berbincang kenapa dan mengapa Rasullah S.A.W. telah melarang kita minum bendiri?? Kita sebagai manusia biasa, memang selalu membuat sesuatu perkara tanpa mengetahui kebaikan dan keburukan benda yang kita buat tu...Pergilah kemana saja, mesti kita akan lihat orang yang akan minum bediri.... Aku pun kadang2 minum berdiri gak... Tapi setelah aku baca dan memahami mengapa kita ditegah minum berdiri, inysaAllah kita sama2 buang tabiat ini.. Okay, sekarang ni aku akn bagi la sedikit info mengapa kita ditegah minum berdiri..

Mahupun di dalam dunia Islam dan dunia realiti ni pun kita ditegah minum berdiri... cuma kita shaja yang tak mempraktikkan kepada kehidupan seharian kita.. Dalam hadis ada menyebut tentang larangan minum berdiri iaitu hadis yang diriwayatkan oleh muslim di dalam kitab minuman iaitu hadis yang ke 3771.  Hadisnya berbunyi begini :' Terjemahan : dari anas r.a. sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W. melarang minum berdiri'. 

Yang di atas ini adalah daripada hadis...Kajian dari sudut sains pula, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani pernah mengatakan bahawa ' sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk adalah lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas'. Ini disebabkan apabila kita makan or minum, makanan or minuman tersebut akan melalui dinding perut dengan perlahan jika kita duduk.. Sebaliknya jika kita minum berdiri, air akn lalu di dinding perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara seperti ini selalu terjadi dalam masa jangka yang agak lama, ini akan menyebabkan perut menjadi longgar dan makanan or minuman akan susah untuk dihadam.

Menurut pandangan dari seorang pakar lagi iaitu Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya akan menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan semasa kita berdiri.  Aku pun tak tau la macam mana bentuk sistem otak masa kita berdiri tapi macam di atas inilah otot kita berkerja semasa berdiri.

Apakah yang dikatakan sistem saraf pusat tu/?? Sistem saraf pusat tu adalah gabungan di antara sistem saraf tunjang dan otak. Keadaan otot yang rehat adalah paling penting untuk kita minum or makan dan keadaan yang rehat ini semasa kita dalam keadaan duduk... Dengan kita duduk, sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan rehat akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan makanan dapat diserap dengan cara yang betul.

Jenis-jenis kentut..





Assalamualaikum.....

Selamat kembali.. Huuuuhu.. Okay, hari ini aku rasa nak merapu sikit la tapi mungkin boleh memberi info kepada korang... Hari ini aku akan menceritakan tentang jenis-jenis kentut yang ada kat serata dunia ni... Semua orang kentut kan, jadi xd masalah la kalau aku nak ceritakan serba sedikit tentang jenis-jenis kentut ni... Tapi sorry la kalau topik ini terlampau buruk, just nak berkongsi.. Hehehehhe... Meh aku storykan jenis2 kentut ni kat korang...

Tak jujur :

  • Orang yang kentut tapi sengaja salahkan orang lain..
Bengong : 
  • Orang yang tahan kentut berjam2....Ish2.. Apa nak dimalukan nak melepaskan kentut.. Semua orang kentut kan, jadi x pyh tahan.. buang je terus.. 
Yakin dengan diri : 
  • Orang yang kentut dengan lantang maknanya orang itu kentut dengan kuat tanpa memikirkan orang lain... Macam ini bagus, yakin pada diri.
Strategik :
  • Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan gelak ketawa yang kuat. Orang yang mcam ini pun bagus sebabnya sebelum dia nk kentut tu sempat lg atur strategi kn..  huhuhuhuh...
Misteri :
  • Orang yang kentut tapi tidak di kesan.. Pelik kan kentut jenis ni... Sebab tu kentut ini dipanggil misteri..
Gugup :
  • Orang yang kentut apabila disergah... Memang gugup lah kan kalau orang sergah kita macam tu.. Kentut tu sampai gugup nak kua tau..
Periang :
  • Kentut pelan2 and then senyum sorang2... Dipanggil periang sebab walao pn dia kentut tapi boleh tersenyum lagi kan....
Pemalu :
  • Kentut yang terkepit2.... Macam mana terkepit lak ne? Ini bermaksud sambil kentut sambik kepit.. huuhuu....



Wednesday 25 April 2012

5 jenis orang yang akan direject untuk jadi pasangan hidup..




Assalamulaikum....

Lama dah x update blog ni... Ok la.. Hari ini aku ingat nak kongsi sikit la info tentang 5 jenis orang  yang akan direject untuk dijadikan  teman hidup... Apa yang aku nak kongsi ni, lelaki or perempuan boleh la take note kan.. Kadang2 kita tengok sebelah perempuan mesti confuse nak memilih calon suami dan kadang2 pun lelaki pun payah nak memilih calon isteri.. Sekarang ini aku ada la guide sikit2 untuk permasalahan yang korang hadapi untuk memilih pasangan hidup.. Walaupun tak banyak, at least korang ada guide la sikit2 kan. Just tuk sharing... Bak perumpaan orang putih, "sharing is caring" kan... Cakap banyak tak guna, sekarang ni aku nak story kat korang serba sedikit la tentang pemilihan pasangan hidup ni...


  1. Pasangan anda  yang selalu mengucapkan kata sayang tapi bila sembang pasal untuk menjalinkan hubungan lebih rapat, pasangan anda itu akan cuba mengelak or akan menyatakan yang dia belum bersedia walaupun anda telah mengenali pasangan anda betahun-tahun lamanya. Orang seperti ini mungkin anggap anda hanya lah teman tapi mesra sahaja.
  2. Pasangan anda yang selalu menelefon or selalu 'message' anda tanpa mengira waktu dan masa. Selalunya lelaki ini akan mengucapkan kata-kata yang dia selalu akan bersama anda tetapi bila anda memerlukan pasangan anda ini, dia akan cuba mengelak.. Tapi anda mesti ingat, kadang2 ada gak pasangan anda yang busy dengan kerja. Oleh itu, macam mana anda hendak tahu dia suka atau tak. Senang saja... Korang perlu test pasangan anda itu berulang kali dan kalau kerap kali anda memerlukan dia tapi dia banyak bagi alasan, itu memang terbukti ada something yang dia sembunyikan dari anda... 
  3. Pasangan anda yang selalu mengajak anda keluar tapi hanya untuk dijadikan teman untuk lepak-lepak sahaja.. Tak salah untuk teman sebagai kawan tapi kalau dah sekali anda menaruh harapan pada si dia tetapi si dia langsung tak memberi sebarang response yang positif kepada anda, anda biarkan je la dia untuk jadikan kawan rapat sahaja. Carilah orang lain yang lebih untuk menjadikan anda teman hidupnya.
  4. Orang  yang sudah mempunyai kekasih tapi selalu kacau anda... Beware dengan orang yang jenis macam ini. Banyak masalah macam ini yang berlaku dalam dunia ini dan anda patutnya berfikiran dengan lebih matang kerana orang yang macam inilah yang akan membuat anda sebagai pemuas nafsu or mengisi masa lapangnya.. Samalah dengan orang yang selalu mengacau awek or pakwe anda... Kita sebagai orang yang boleh berfikir, orang yang macam ini akan suka bila anda bergaduh dengan pasangan anda... Dia akn interfere dan buat-buat take care kepada anda.. Beware kepada orang yang jenis macam ini kerana orang yang macam ini tidak sesuai untuk dijadikan teman hidup anda.
  5. Pasangan  yang selalu anggap dirinya sentiasa betul.. Walaupun sesuatu yang berlaku adalah salah dia, tapi dia still akan salahkan anda.. Tapi harus diingat, dalam sesebuah hubungan mesti ada salah seorang yang mesti kena mengaku kalah.. Lumrah kehidupan, setiap manusia tidak perfect tapi anda mesti ingat kita mesti menyedari kesalahan kita sendiri. Jangan pulak kita berasa ego dan nak je menang selalu. Kalau berterusan macam ini, memang hubungan anda dengan pasangan anda tidak akan kekal kerana tidak ada tolak ansur dalam hubungan.

So, setakat tu je la tips aku boleh bagi...Adakah pasangan anda tergolong dalam kumpulan macam ini??? Kalau ada, pertimbangkan la... Kalau anda nak juga pasangan anda tergolong macam di atas, ikut la.. Jawapan tersrah di tangan anda kerana ini adalah masa depan anda... Jadi, fikir-fikirkan lah.. Kalau anda ada benda yang nak share or nak minta pendapat dari aku..InsyaAllah aku boleh tolong... Atau korang ada lagi jenis-jenis orang lagi yang akan direject jadikan teman hidup, boleh berkongsi pendapat.. 

Setakat ini sahaja dari aku.. Sori kalau ada terkasar bahasa or tersalah info... Sekian, assalamualaikum...


Tuesday 24 April 2012

Hidangan percuma pizza hut untuk kanak-kanak





Assalamualaikum...

Seharian tidak post, hari ini aku nak bagi info sikit la kat korang semua... Sekarang ni Pizza Hut di seluruh Malaysia dan Singapura telah melancarkan tawaran istimewa untuk kanak-kanak je la iaitu "Kids Eat Free Every Day"... Tawaran tersebut ada hidangan terpilihnya tersendiri, antaranya ialah Kidz Bolognaise, Carbonara, Chicken pineapple pizza, Tuna pineapple pizza, Meltz dan Cheesy meatballs.

Ingat tau, tawaran free ni bukannya datang pizza hut dan terus dapat free... Kalau datang terus amik free, x lama la kita dapat merasa pizza hut ni kat Malaysia... Maksudnya free di sini ialah tawaran itu terhad kepada seorang kanak2 sahaja setelah membelanjakn RM 20. Jenis-jenis kanak yang macam mana boleh claim untuk ambil tawaran ni??? Okay, meh aku story sikit. Tawaran ini hanya la untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah dan kurang dari 120 sentimeter tingginya atau salah satu darinya.. Amboi, dah macam akta la plak syarat2 nak ambil tawaran free ni... Makanan free yang ditawarkan itu hanya boleh dimakan di pizza hut sahaja dan tidak dibenarkan bawa balik... 

Erm... Setakat ini saja la info terkini yang aku nak bagi kat korang... Berharap dapat la membantu korang...Sekian, assalamualaikum....

Monday 23 April 2012

Bola mangsa tsnumai dijumpai di Alaska...





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak post tuk petang ni.. Al maklum la, dah terbaca benda yang pelik dan menyebabkan fikiran kita jadi haru biru kan... Kali ini, aku nak kongsi satu story tentang bola mangsa tsunami dijumpai di Alaska.. Sekali kita fikir, macam menipu je kan story ni tapi aku pun xtau sebenarnya betul ke x pernyataan orang yang kat gambar atas ni... Jom dengar cerita aku tentang kejadian aneh ini..

Nama orang ini ialah Misaki Murakami dan dia berasal dari Jepun. Macam mana dia boleh tau itu bola dia??? Sebenarnya, Misaki telah menulis nama dia di atas bola sepak itu. Bola itu hilang semenjak tsunami melanda Jepun tahun lalu dan bola itu dijumpai di pulau terkecil Alaska.. Memang tidak disangka-sangka bola yang hilang sekian lama boleh dijumpai pulak kan.. Ini la dinamakan kuasa Allah S.W.T. 

David Baxter adalah orang yang menjumpai bola ini di Pulau Middleton dan menyuruh isterinya berbangsa Jepun menelefon Misaki Murakami ni. Pasangan ini bercadang untuk menghantar bola tersebut kepada Misaki Murkami kembali.

Setakat ini sahaja yang mampu aku ceritakan.. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa or tersalah information.. Just renungan kita bersama untuk kita lebih mengingati  tentang kekuasaan Allah S.W.T.

Sekian, assalamualaikum...


Rahsia di sebalik garu bontot???




Assalamualaikum....

Seharian x post kat blog ak ni.. Tadi masa ak dok belek2 kat fb aku, aku ternampak satu blog yang menceritakan tentang rahsia garu bontot... Sebelum aku buka, aku tertanya-tanya, apakah rahsianya kita garu bontot kan... Setahu aku, kalau kita garu bontot kalau kita rasa gatal or ada cacing kat celah bontot kan.. Sorry kalau terguna perkataan yang agak kasar tp just nk kongsi apa yang ak ad terbaca dengan korang.. Berbalik kepada blog yang aku baca tu  pasal rahsia garu bontot, aku akan ceritakn apakah rahsianya...

Okay... Blog ni ada menceritakan tentang satu kejadian yang aneh terjadi kepada seorang penganggur di Cameron Highland... Penganggur ni asyik menggaru bontotnya dan orang ramai menganggap bontotnya gatal tapi sebenarnya sangkaan orang ramai tersilap. Habis kalau x gatal, sebab apa dia garu??? Itulah persoalan yang sedang anda semua  fikirkan.. Betul x?? Meh aku ceritakan apa rahsianya penganggur ni garu bontot.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan penganggur tersebut sebabnya sering kali nampak dia garu bontot.. Kalau kita tengok pun, mesti pelik kan tengok orang sama je yang selalu garu bontot. Setelah di tahan, penganggur tesebut ditahan dan polis telah check keselurahan anggota badannya termasuk di bontotnya.. Apakah polis jumpa? 

Rupanya-rupanya polis jumpa 8.90 gram heroin dalam duburnya. Ish2..... Ingatkan apa rahsianya kan, rupa-rupanya menyimpan dadah kat celah bontot.. Macam2 kan orang sekarang ni nak menyimpan dadah...X rasa geli ke nak amik dadah tu kat celah bontot... Huhuhuhh....

Setelah didapati bersalah, lelaki tersebut di tahan reman selama 4 hari di lokap IPD  bagi membantu siasatan.. Apakah yang kita dapat dari story kat atas ni??? Jangan sangka orang yang garu bontot tu gatal sebenarnya, mungkin dia ada menyimpan something kt celah bontot dia.. Hahahahaha... Jangan lak korang saja2 pergi tangkap orang yang garu bontot, kang dapat free lima ringgit kat muka or makan kasut saiz 8 pulak...

Sorry kalau ada terkasar bahasa or tersilap information.. Just nak kongsi cerita ini dengan korang suma...
Sekian, assalamualaikum...

Sunday 22 April 2012

IPTS akan lumpuh tanpa PTPTN... Betul Ke???





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak berkongsi pasal PTPTN ni... Saja nak ajak korang bagi pendapat dan kita berborak pasal PTPTN ni.. Di Malaysia ini ada lebih kurang 500 IPTS yang masih beroperasi dan ia mungkin akan melumpuhkan lebih kurang semua IPTS di negara kita kalau la PTPTN ni dimansuhkan terus. Sebab apa pulak sebab PTPTN dimansuhkan, IPTS akan lumpuh???? Jom kita sama2 bincangkan hal ini.. 

Ramai di kalangan pelajar membayar yuran pengajian dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN mereka.. Cuba korang bayangkan kalau la PTPTN dimansuhkan, apakah akan jadi dekat IPTS di Malaysia ini? Aku tau memang lah ada sesetengah pihak yang akan menyatakan yang diaorg layak membiayai yuran pengajian sendiri tapi bagaimanakah dengan pelajar2 yang cemerlang tapi hidupnya miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran mahupun nak berbelanja kelak.. Kita hidup ni jangan terlalu pentingkan diri dan kita harus ingat masih ada orang yang di belakang kita masih memerlukan bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajian dan kelak akan berkerja... 

Okay.. Berbalik dengan persoalan asal kita, dengan pemansuhan PTPTN ni akan memberi banyak kesan negatif yang mendalam terhadap pusat2 pengajian di negara kita. Apakah kesan2 negatifnya tu??? Jom kita bincangkan bersama... Antara kesan negatif yang aku nampak sangat ketara akan berlaku adalah mungkin IPTS2 di negara kita akan ditutup operasi sebabnya penuntut2 memang tidak ada choice yang lain untuk membuat pinjaman untuk pengajian selain PTPTN.. Jadi bila PTPTN dah dimansuhkan, penuntut2 akan berhutang wang yuran pengajian dan semestinya lah kalau semua orang berhutang, macam mana IPTS nk beroperasi kan..


Ada juga yang menyatakan sebab apa tidak serap je semua orang dekat IPTA/???? Harus diingatkan kat Malaysia ini  lebih kurang 20 IPTA je yang ada dan tidak mampu untuk menyerap semua pelajar2 IPTS yang lain jika IPTS dihentikan operasinya.. 


Bagi aku la, PTPTN ni tidak perlu dimansuhkan  sebabnya akan effect dekat seluruh IPTS2 kat Malaysia ni malahan akan effect juga dekat industri pengajian tinggi tempatan tapi kerajaan boleh melumpuhkan 1% bunga yang dikenakan terhadap peminjam2 PTPTN. Tu je cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini.  Kepada korang2 yang ingin memberi pendapat tentang PTPTN ni, silalah memberi pendapat.. Mungkin pendapat aku ni kurang bernas tapi ini just pendapat dari aku terhadap hal ini.. INGAT!!! ADA ORANG YANG MASIH MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN....


Setakat ini je kot pandangan aku terhadap isu ini.. Minta maaf kalau ada tersalah maklumat dan terkasar bahasa....Sekian, assalamualaikum....

Apa nk jadi dengan budak zaman sekarang....




Assalamualaikum...

Hari ini ak nk berkongsi sikit la masalah budak2 zaman sekarang ni... Tengok kat atas ni, ada satu contoh surat memohon cuti oleh seorang pelajar sekolah rendah kot... Aku tak bermaksud nak malukan or aibkan sesiapa tapi just nak kongsi je... Surat atas ni ditulis oleh seorang pelajar cina x salah aku... Tapi bagi aku la, walaupun korang cina ke, melayu ke, india ke, ap2 jenis bangsa pun, kita kan 1 Malaysia.. Jadi, kenalah mahir dalam bahasa kebangsaan kan iaitu bahasa melayu.. 

Korang baca sendiri la apa yang budak ni tulis... Yang paling aku lawak tengok, siap ada campuran rojak bahasa melayu ngn bahasa cina... Adus... Come on my future leader, memalukan la kalau jadi mcm ni... Aku pun x tau la budak ni nak tulis surat atau nak buat lawak kat cikgu dia... wakakkakakaa...

Aku tau memang peranan seorang cikgu untuk mendidik bakal2 pemimpin masa hadapan ni tapi harus ingat cikgu just boleh mengajar di waktu sekolah saja. Apa2 pun ini adalah peranan ibu bapa juga untuk mendidik anaknya di rumah.. Ak tau kadang2 ada sesetengah ibu bapa yang begitu busy dengan kerja tapi itu tidak menjadi penghalang untuk mengajar anak masing2. Jadi, ibu bapa apa salahnya waktu malam check  buku anak masing2 kan..  Just betulkan apa yang patut.. 

Ok la,.. Setakat ini je kot untuk post kali ini.. Minta maaf kalau ad terkasar bahasa, just nak kongsi ngn korang suma... Korang sendiri boleh nilai dengan tengok gambar kat atas ni... Just renungan kita bersama..InsyaAllah...

Assalamualaikum...


Saturday 21 April 2012

Hukum meniup lilin pada hari lahir???





Assalamualaikum...

Pada malam yang indah ni, aku nak bersembang tentang hukum meniup lilin pada hari lahir ( birthday dalam omputeh)... Sebenar-benarnya, sambut birthday sebenarnya x salah  sebabnya Rasulullah S.A.W. setiap hari isnin beliau berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian, setiap tahun kita sebagai umat islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah S.A.W. pada setiap tahun 12 Rabiulawal. Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana ini adalah salah satu platform untuk kita mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai kerana melahirkan kita di muka bumi ini.

Tapi kita kena ingat, kalau majlis hari lahir ini kita menyambut dengan tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, berlakunya maksiat dan banyak lagi... Maka dengan tidak mengikut syarak, hukumnya jatuh kepada haram...

Yang atas just mukadimah untuk menyambut hari lahir... Ok, skang ne kita masuk pulak persoalan yang selalu disoal oleh orang ramai tentang hukum meniup lilin pada hari lahir. Budaya ini sebenarnya bukan datang daripada budaya Islam, meniup lilin ini sebenarnya datang dari  budaya barat. Hadis Rasulullah S.A.W. pernah berkata "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia bukan datang dari golonganku "... Apakah yang dimaksudkan dengan hadis td?? Maknanya kalau kita mengikut perbuatan yang datang dari bukan budaya Islam, maka kita tidak tergolong dalam golongan orang Islam... Lebih kurang macam tu la maksudnya.. Wallahu'alam... 

Jelas dengan penerangan di atas, bahawa merayakan hari lahir dengan meniup lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia selalu dipraktikkan oleh agama Kristian. Dan ini bermaksud hukum meniup lilin pada hari lahir adalah jatuh kepada hukum haram kerana ia bukan dari budaya orang Islam. Habis, kalau x boleh meniup lilin, bagaimanakah cara untuk menyambut hari lahir mengikut budaya islam??? Ok, begini jawapannya.. Cara menyambut hari lahir mengikut budaya islam seperti mengadakan doa selamat, membuat kenduri kesyukuran, dan menjemput seluruh kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan bertujuan untuk menguatkan lagi tali silaturrahim sesama manusia.

Akhir kata, jadilah umat islam yang mengikut segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan perkara mungkar dan syubhah, kerana ini menjamin kita di dunia dan di akhirat.. Rayakanlah hari lahir kita sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak, mudah-mudahan majlis yang kita buat itu mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Sekian untuk post kali ini.. Harap semua mendapat manfaat bersama dengan penerangan di atas.. Wallahua'alam... Assalamulaikum..

Hukum memakai bulu mata palsu!!!!





Assalamualaikum...


Ok... Hari ini aku nk berborak tentang pemakaian bulu mata palsu ni..Kadang2 kt nampak sendiri kn orang islam memakai bulu mata palsu.. Kepada pembaca2 sekalian (terutama perempuan), korang tau x ap hukumnya memakai bulu mata palsu?? Ok, meh ak ceritakan sedikit dan memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang hukum pemakaian bulu mata palsu ni...

Pemakaian bulu mata palsu ini adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu. Kat bwh ni, ak ad la sertakan satu Hadis Sahih al-Bukhari (no: 5934)..

"Allah melaknat wanita yang menyambing rambutnya dan meminta rambutnya disambung. "

Apa2 perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah sebenar dan bahan yang diigunakan tidak ada unsur syubhah dan tidak kalis air. Sebab apa tidak kalis air? Sebabnya, takut dibimbangi ketika mengambil wuduk air itu tidak rata ke anggota wuduk.

Aku sebagai sedara sesama Islam, just nak menasihatkan gunalah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakaian perhiasan yang berlebihan itu adalah di zaman jahiliah.

Sekian shaja topik untuk hari ini. Wallahua'lam.. Assalamulaikum..




Adakah ini Proton Preeve???




Assalamualaikum...

Semalam tengah aku dok sibuk bukak fb, ak ternampak la 1 gmbar yang orang post (gambar yang kat atas ni). Ak baca description yang ad kat bawah gambar tu, org tu ckp kereta yang ada dalam gambar tu Proton Preeve.. Apa yang ada kat gmbar kat atas ni???? Cuba korang zoom kan mata korang kat tayar di sbelah hadapan, tayar tu da terkepak seolah-seolah baru lepas excident.. Tapi kalau iktkn logik, kalau excident mesti la ad kenderaan lain selain Preeve ni kn.. Orang ramai yang tengok pic ni, ramai yang komen yang mengatakan Proton Preeve ni x berkualiti.. Betul ke Proton Preeve ni x berkualiti??? Sedangkan kereta ni baru je dikeluarkan productionnye kt pasaran. 

Aku rasa kita tak boleh menilai kereta ni melalui gambar yang kita tgk. Aku rasa mungkin ada sebab logik mengapa Preeve ni jd mcm ne... Aku pun x pasti la gambar ni betul ataupun di edit oleh pihak yang x bertanggungjawab or dengki akan kePOWERan kereta Preeve ne....



Dan aku pun dah terbaca sebab2 mengapa Preeve ne terjadi mcm ne... Aku pun x tau la betul ke x cite yang ak nak kngsi ngn korang, hanya orang yang ada sekat situasi tu je yang tau kejadian sebenar.. Ni dari blog yang aku baca la...

Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 km/j. Namun ketika mahu mengelak kereta lain, Preeve ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta itu melambung.

Ketika kereta ini nk mendarat dari melambung tadi, hentakan yang kuat pada tayar tersebut dan ini menyebabkan keroskan pada lower arm, bumper dan fender. Ini bermakna tiada salah or defect dari Proton sebenarnya. Ini adalah salah dari kecuaian manusia sendiri kn.. Jadi, selepas korang baca penerangan aku kat atas ni, xd da la spelukasi2 yang mengatakan Preeve ni x berkualiti la ap la... Kereta mana2 excident pun akan jadi benda yang sama,.... 

Setakat ni je kot penerangan aku tentang Proton Preeve yang kemalangan baru-baru ini.. Ingat!!!! Jangan menunding jari kepada sesiapa kalau kita x tau cerita itu betul ke x... Siasat and ketahui sesuatu perkara itu sebelum nak menyalahkan seseorang..

Sekian, terima kasih kerana membaca... Assalamulaikum...

Friday 20 April 2012

BERSIH 3.0 akan diteruskan pada 28 April ini





Assalamualaikum...

Semalam aku ad terbaca pasal isu BERSIH 3.0 ni dan hari ini ak nk la cita sikit2 info tentang perhimpunan ini. Mungkin agak terlewat ak nk kongsi info ni tapi at least korang yang belum baca ni dapat la gak tau sikit2 pasal BERSIH 3.0 ni. 

Penganjur BERSIH 3.0 ini telah memutuskan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini iaitu pad a 28 April 2012 jam 2 petang di Dataran Merdeka. Pengerusi bersama Gabungan Menunut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara tu berkata perhimpunan ini akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah'.

Perhimpunan dianjurkan bersama oleh 84 NGO lain itu juga akan berlaku serentak di seluruh negara malahan dunia. Selepas diisytiharkan tentang BERSIH ni, kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan raya untuk cadangkan penambah baikan Pilihan Raya di negara kita ini. Usul tu telah diutarakan di parlimen dan pihak pembangkang menentang sekeras-kerasnya tentang penubuhan jawantankuasa tersebut..

Tentang tuntutan untuk BERSIH 3.0 ni, korang boleh la tengok kt banner kt ats tu... Itu di antara tuntutan2 yang akan dituntut semasa BERSIH 3.0 ini nanti. Setakat ini je kot info yang aku penah terbaca pasal BERSIH ini... Kesimpulannya, masa BERSIH 3.0 ini berlangsung, ramai2 la kt kuarantin kt rumah.. Kepada yang nk join, tiada paksaan..

Assalamulaikum...


Mahasiswa biadap dalam dalam demo hapus PTPTN





Assalamualaikum....

Hari ini aku still nak mengupas pasal isu PTPTN yang tgh hot skang ni kat negara kita. Aku ad terbaca dekat satu blog pasal mahasiswa biadap dalam demo hapus PTPTN pada 14 April 2012.. Ak pun tertarik nk baca pasal isu ni sebab apa yang biadap sangat mahasiswa ni buat kn... Selepas ak baca dan meilhat video pasal isu ni, aku rasa ini memang biadap dan melampau... Kita sebagai umat Islam telah diajar menghormati orang dan jgan biadap walaupun kita tidak suka or benci kat seseorang... Tapi bila ak tengok video ni, ak terasa apa nk jadi dengan mahasiswa dan umat Islam zaman sekarang ni.. Aku bukan nak menyokong pihak kerajaan or nk sokong pihak pembakang, tapi dengan apa yang aku tengok memang sangat melampaui batas. Di bawah ini, aku akan post video yang ak tengok pasal isu ni dan korang boleh la menilai sendiri bakal2 generasi akan datang negara kita ini. Apakah perbuatan sebegini yang dipelajari di IPTA or IPTS??? Benda ni juga boleh menjatuhkan institusi dan maruah seluruh mahasiswa di negara kita. Orang tak menghlang berdemo tapi nak berdemo pn kena la dengan adab dan tatasusila yang betul. Ak pn terasa malu sebgai seorang mahasiswa tapi ak juga berasa malu sebab ad orang Islam yang berperangai macam ni.. Dah la dalam video tu, di sekeliling  kawasan tu ad bangsa2 lain yang sedang melihat. Korang x malu ke bangsa2 lain melihat melayu yang beragama Islam berperangai macam ni???





Cuba korang tengok video kat atas ni dan korang boleh menilai sendiri di mana adab dan tatasusila mahasiswa dan seorang umat Islam??????

Setakat ni je la untuk post kali ini.. Sori kalau ada tersalah info dan terkasar bahasa. Bukan bermaksud nak menyakiti sesiapa tapi ini lah realiti kehidupan di negara kita sekarang ini.. Sekian..

Assalamulaikum..



Thursday 19 April 2012

Aktivis mahasiswa diserang sekumpulan manusia..







Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Ak bgn pg td, ada trbaca tentang ad sekumpulan manusia menyerang geng2 aktivis mahasiswa dekat Dataran Merdeka.. X tau la kumpulan mana yang dtg derang tu tapi teruk gak la geng2 aktivis mahasiswa ni kena serang.. Ak x salahkan mana2 pihak sbbnya dua-dua pihak ada salahnya masing2... Ak dapat rasakan la, selagi isu PTPTN ni belum selesai selagi tu kes tido dekat Dataran Merdeka akan berleluasa dan mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan akan menyerang lagi geng2 aktivis ni.. Pihak kerajaan harus menyelsaikan masalah PTPTN ni dengan cepat dan membuat sekali lagi rundingan meja bulat dengan geng2 aktivis ini dan menyatakan kata sepakat tentang isu ini... Kt sebagai rakyat Malaysia, sanggupkah kita tengok negara kita tidak aman??? Bagi aku la, ak x snggp nk hadapi rusuhan2 mcm ni.. Ok la,cakap banyak x guna kn. Berbalik pada tajuk asal, ni rentetan peristiwa yang berlaku dalam 2.30 pagi 19/04/2012.... Sumber ni aku ada terbaca dari fb salah seorang aktivis mahasiswa ni... 


Rentetan peristiwa aktivis mahasiswa diserang sekumpulan manusia di Dataran Merdeka :


2.30 AM : Deberitakan seramai 60-70 aktivis mahasiswa berda di Dataran Merdeka. Suasana ketika ini masih lagi tenang dengan pihak aktivis mahasiswa membincangkan agenda berikutnya.


2.36 AM : Tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berbaju T-shirt hitam datang meluru ke kawasan perkhemahan tersebut dan disusuli dengan geng tersebut. Pihak aktivis mahasiswa ini tercengang dan tertanya-tanya, siapakah geng2 tersebut yang dtg ke tmpat mereka. Geng2 tersebut datang memerhatikan banner dan keadaan sekeliling.

2.40 AM : Dengan tetiba terdengar salah seorang ahli kmpulan tersebut menjerit "Bangun... Bangun".. Selepas itu kedengaran pula salah seorang ahlinya lagi memekik "Kamera padam, jaga kamera, jangan rakam" ke arah kumpulan aktivis mahasiswa dan orang ramai yang cuba merakam peristiwa itu.

2.43 AM : Secara tiba-tiba, geng2 tersebut datang menarik2 dan menggeledah khemah tersebut sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera. Kedengaran sekali lagi jeritan dari geng2 tersebut mengatakan " Balik tidur rumah laa, jangan nak kecohkan Malaysia, bangsa melayu apa macam ni, kalau x suka Malaysia pergi negara lain la" dan kedengaran percakapan kurang sopan oleh geng2 tersebut. Keadaan menjadi kelam kabut dengan khemah2 disepak dan dicabut, makanan juga disepak dan dicampakkan ke rmput. Banyak handphone dirampas sbb x nk ad org rakam peristiwa tu. Pihak aktivitis mahasiswa segera memanggil empat anggota polis yang kebetulan berada tidak jauh dr tmpat tersebut. Adengan tumbuk menumbuk pun berlaku walaupun ada anggota polis kerana geng2 tersebut marah akan tindakan pihak aktivis mahasiswa cuba merakamkan kejadian itu. Anggota polis tersebut x dapat menahan geng2 tersebut kerana keadaan yang kelam kabut.

2.50 AM : Tiba-tiba terdapat seorang aktivis mahasiswa tersebut ditarik ke jalan raya dan dibelasah oleh lima orang geng2 tersebut. Ramai yang dtng menolong dan kelihatan tiga buah kenderaan polis datang ke tempat kejadian. Anggota polis tersebut mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan tersebut. Suasana di Datarn Merdeka sedikit reda dengan kehadiran anggota polis. 

2.55 AM : Anggota polis tersebut pergi membantu seorang aktivis mahasiswa dibelasah sehingga berdarah2 dan telah dikejarkan ke hospital setelah ambulans dipanggil. Polis meleraikan pergaduhan tersebut. 

3.00 AM : Kelihatan rundingan di antara pihak polis dan geng2 tersebut di satu sudut berhmpiran pancutan air dan salah seorang daripada geng tersebut ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Walaupun keadaan makin reda, pihak aktivis mahasiswa ni masih berjaga2 sebab terdapat lg geng2 tersebut di sekitar Dataran Merdeka. Terdapat beberapa org cedera dalam insiden tersebut dan telah pun dikerjakan ke hospital. Terdapat juga kehilangan dan kerosakan barang seperti handset dan kamera.

Tu la serba sedikit tentang rentetan peristiwa semalam yang berlaku di Dataran Merdeka. Sebenarnya ad lg, tapi ni ak amik secara ringkas je.. Korang bc, fahami dan menilai sendiri la siapa salah dalam hal ni.. Tapi bg ak la, ak x sokong mn2 n ak rasa la dua2 pihak ada salah. Di manakah tindakan kerajaan dan xkan kita sebagai rakyat Malaysia nk berdiam diri melihat benda ni terjadi?? Fikir2 kan la.. Bg ak, ak rasa solution terbaik perlu adakan sekali lagi rundingan meja bulat di antara pihak kerajaan dengan aktivis2 mahasiswa ini supaya kata sepakat dan keputusan muktamad dapat dibuat. Oleh itu, xdak la terjdi lg benda2 mcm ni kat negra kt yang aman ne.. 

Mungkin korang kurang jelas dan kurang nampak ngn rentetan peristiwa tu kot sebabnya ak tulis kn, memang la x nmpak. Hahhaha.. Gurau je.. Kat sini ak msukkan video pasal peristiwa semalam untuk korang tengok. Krang tengok elok2 , fahami and menilai sendiri siapa yg slah... Macam ak ckp sebelum ni, ak rasa dua2 ad slhnya sendiri. 


Ok la.. Mlas nk ckp and merapu banyak2... Kalau ada tersalah information ak mnta maaf dari hujung rmbt smpai ujung kaki.. Kalau ada pihak yang terasa dengan percakapan ak ni, ak pn nk mnta maaf.. Ak just nk kongsi benda yang berlaku kat negara kita ni dan just nk bg pndpt je...

Sekian, assalamualaikum...