Tuesday 24 April 2012

Hidangan percuma pizza hut untuk kanak-kanak





Assalamualaikum...

Seharian tidak post, hari ini aku nak bagi info sikit la kat korang semua... Sekarang ni Pizza Hut di seluruh Malaysia dan Singapura telah melancarkan tawaran istimewa untuk kanak-kanak je la iaitu "Kids Eat Free Every Day"... Tawaran tersebut ada hidangan terpilihnya tersendiri, antaranya ialah Kidz Bolognaise, Carbonara, Chicken pineapple pizza, Tuna pineapple pizza, Meltz dan Cheesy meatballs.

Ingat tau, tawaran free ni bukannya datang pizza hut dan terus dapat free... Kalau datang terus amik free, x lama la kita dapat merasa pizza hut ni kat Malaysia... Maksudnya free di sini ialah tawaran itu terhad kepada seorang kanak2 sahaja setelah membelanjakn RM 20. Jenis-jenis kanak yang macam mana boleh claim untuk ambil tawaran ni??? Okay, meh aku story sikit. Tawaran ini hanya la untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah dan kurang dari 120 sentimeter tingginya atau salah satu darinya.. Amboi, dah macam akta la plak syarat2 nak ambil tawaran free ni... Makanan free yang ditawarkan itu hanya boleh dimakan di pizza hut sahaja dan tidak dibenarkan bawa balik... 

Erm... Setakat ini saja la info terkini yang aku nak bagi kat korang... Berharap dapat la membantu korang...Sekian, assalamualaikum....

0 comments:

Post a Comment