Thursday 26 April 2012

Kenapa kita di larang minum berdiri???



Assalamualaikum....

Pada petang ni, aku nak berkongsi la sedikit ilmu kepada korang dan juga kepada diri aku gak... Post kali ini aku nak berbincang kenapa dan mengapa Rasullah S.A.W. telah melarang kita minum bendiri?? Kita sebagai manusia biasa, memang selalu membuat sesuatu perkara tanpa mengetahui kebaikan dan keburukan benda yang kita buat tu...Pergilah kemana saja, mesti kita akan lihat orang yang akan minum bediri.... Aku pun kadang2 minum berdiri gak... Tapi setelah aku baca dan memahami mengapa kita ditegah minum berdiri, inysaAllah kita sama2 buang tabiat ini.. Okay, sekarang ni aku akn bagi la sedikit info mengapa kita ditegah minum berdiri..

Mahupun di dalam dunia Islam dan dunia realiti ni pun kita ditegah minum berdiri... cuma kita shaja yang tak mempraktikkan kepada kehidupan seharian kita.. Dalam hadis ada menyebut tentang larangan minum berdiri iaitu hadis yang diriwayatkan oleh muslim di dalam kitab minuman iaitu hadis yang ke 3771.  Hadisnya berbunyi begini :' Terjemahan : dari anas r.a. sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W. melarang minum berdiri'. 

Yang di atas ini adalah daripada hadis...Kajian dari sudut sains pula, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani pernah mengatakan bahawa ' sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk adalah lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas'. Ini disebabkan apabila kita makan or minum, makanan or minuman tersebut akan melalui dinding perut dengan perlahan jika kita duduk.. Sebaliknya jika kita minum berdiri, air akn lalu di dinding perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara seperti ini selalu terjadi dalam masa jangka yang agak lama, ini akan menyebabkan perut menjadi longgar dan makanan or minuman akan susah untuk dihadam.

Menurut pandangan dari seorang pakar lagi iaitu Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya akan menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan semasa kita berdiri.  Aku pun tak tau la macam mana bentuk sistem otak masa kita berdiri tapi macam di atas inilah otot kita berkerja semasa berdiri.

Apakah yang dikatakan sistem saraf pusat tu/?? Sistem saraf pusat tu adalah gabungan di antara sistem saraf tunjang dan otak. Keadaan otot yang rehat adalah paling penting untuk kita minum or makan dan keadaan yang rehat ini semasa kita dalam keadaan duduk... Dengan kita duduk, sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan rehat akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan makanan dapat diserap dengan cara yang betul.

0 comments:

Post a Comment