Saturday 21 April 2012

Hukum meniup lilin pada hari lahir???





Assalamualaikum...

Pada malam yang indah ni, aku nak bersembang tentang hukum meniup lilin pada hari lahir ( birthday dalam omputeh)... Sebenar-benarnya, sambut birthday sebenarnya x salah  sebabnya Rasulullah S.A.W. setiap hari isnin beliau berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian, setiap tahun kita sebagai umat islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah S.A.W. pada setiap tahun 12 Rabiulawal. Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana ini adalah salah satu platform untuk kita mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai kerana melahirkan kita di muka bumi ini.

Tapi kita kena ingat, kalau majlis hari lahir ini kita menyambut dengan tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, berlakunya maksiat dan banyak lagi... Maka dengan tidak mengikut syarak, hukumnya jatuh kepada haram...

Yang atas just mukadimah untuk menyambut hari lahir... Ok, skang ne kita masuk pulak persoalan yang selalu disoal oleh orang ramai tentang hukum meniup lilin pada hari lahir. Budaya ini sebenarnya bukan datang daripada budaya Islam, meniup lilin ini sebenarnya datang dari  budaya barat. Hadis Rasulullah S.A.W. pernah berkata "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia bukan datang dari golonganku "... Apakah yang dimaksudkan dengan hadis td?? Maknanya kalau kita mengikut perbuatan yang datang dari bukan budaya Islam, maka kita tidak tergolong dalam golongan orang Islam... Lebih kurang macam tu la maksudnya.. Wallahu'alam... 

Jelas dengan penerangan di atas, bahawa merayakan hari lahir dengan meniup lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia selalu dipraktikkan oleh agama Kristian. Dan ini bermaksud hukum meniup lilin pada hari lahir adalah jatuh kepada hukum haram kerana ia bukan dari budaya orang Islam. Habis, kalau x boleh meniup lilin, bagaimanakah cara untuk menyambut hari lahir mengikut budaya islam??? Ok, begini jawapannya.. Cara menyambut hari lahir mengikut budaya islam seperti mengadakan doa selamat, membuat kenduri kesyukuran, dan menjemput seluruh kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan bertujuan untuk menguatkan lagi tali silaturrahim sesama manusia.

Akhir kata, jadilah umat islam yang mengikut segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan perkara mungkar dan syubhah, kerana ini menjamin kita di dunia dan di akhirat.. Rayakanlah hari lahir kita sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak, mudah-mudahan majlis yang kita buat itu mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Sekian untuk post kali ini.. Harap semua mendapat manfaat bersama dengan penerangan di atas.. Wallahua'alam... Assalamulaikum..

0 comments:

Post a Comment