Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum...


Tepat jam 0000 13 Mei 2012, aku merasakan sesuatu yang agak sedih dan terasa inginkan ibuku berada di sebelah aku kerana tarikh keramat inilah ialah hari ibu... Aku sangat bersyukur kerana sampai hari ini aku masih bernyawa dan dapat menyumbangkan baktiku terhadap ibuku.. Aku bersyukur kerana ibuku yang melahirkan aku di muka dunia ini dan memberikanku segala kasih sayang yang beliau telah curahkan kepadaku..

Marilah semua orang mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing dan menghargai mereka sampai ke hari ini kerana tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini.. Jangan kita sesekali melawan atau memarahi mereka kerana 'Syurga di bawah telapak kaki ibu'. Kita seharusnya selalu mendoakan kesihatan dan mendoakan segala-galaya kepada ibu kita dan kita sebagai anak mestilah sanggup menjaga mereka semasa mereka tua or sakit sepertimana mereka telah menjaga kita semasa kita kecil sehinggalah kita sudah menjadi besar dan matang..

Aku kat sini ingin berkongsi suatu doa yang selalu aku mendoakan kepada kedua ibubapaku tidak kira di mana aku berada. Doanya berbunyi macam ni, ' Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sejak kecil lagi '. Amin.

Setakat ini sahaja untuk post kali ini.. Minta maaf kalau ad terkasar bahasa atau apa2 je la yang buat korang marah.. Akhir kata, 'SELAMAT HARI IBU'.. Sekian, assalamualaikum....

0 comments:

Post a Comment