Wednesday 2 May 2012

Perbincangan tentang polis melanggar pendemo...



Assalamualaikum..

Da lama x update blog ni.. Sekarang ni agak busy, biasalah student kan... Memang banyak keje pn.. Keje2 gak tapi isu negara jangan kita pandang remeh.. Aku kat sini nak la berkongsi pendapat ngan korang tentang BERSIH 3.0 yg berlangsung pada sabtu yang lepas dan aura2 tu masih ada lagi sampai sekarang ni... 

Bagi aku la, nak berdemo xd masalah pun.. Tapi nak berdemo pun ada adab dan tatasusila yang betul, barulah demo tu x jadi huru hara yang berlaku pada Sabtu lepas.. Aku x sokong2 mana2 pihak kerajaan or pembakang tapi kita ni dilahirkan sebagai manusia... Ada otak yang boleh berfikir secara rasional yang mana baik dan yang mana yang x elok.. Macam si penganjur perhimpunana ni Datuk S.Ambiga pernah berucap dan mengatakan bahawa perhimpunan ini akan dilakukan secara aman dan damai tapi apa yang telah jadi??? Sampai kereta polis diterbalikkan dan kawasan yang diharamkan masuk di ceroboh macam tu je...

 Aku sebenarnya tak la salahkan orang ramai 100 % pasal kes polis melanggar salah seorang pendemo pada hari sabtu hari tu.. Mungkin ada salah polis tu gak kan sebab dia melanggar orang awam kan.. Tapi kalau diikutkan la dengan video yang aku tengok tu, polis tu mungkin dah dalam keadaan pengsan.. Okay, mungkin korang macam x percaya kan kalau aku kata dia pengsan.. Tapi korang kena fikir, kalau la korang kat dalam kereta tu, kena pecahkan cermin, kena pukul lagi...Mungkin terkena benda keras kat kepala brader polis tu sampai dia pengsan sekejap.. Semua itu adalah kemungkinan yang aku rasa... Mungkin gak salah brader polis tu coz lalu kat kawasan geng2 BERSIH 3.0 tengah berdemo kan... Tapi yang ternyata la, aku rasa orang ramai yang salah pergi pecahkan cermin, pukul polis tu dan macam2 lagi la.. Memang la polis tu salah lalu tapi apa salahnya korang yang ad hati dan budi yang mulia ni just biarkan je polis tu lalu.. Just provokasi secara luaran je... X payah smpai nak pecahkan cermin kereta dan pijak2 kereta tu. Itu dah dipanggil biadap dan kurang sopan la rakyat malaysia lakukan sedemikian...  

Korang tengok la video yang aku post kat bawah ni.. Ini adalah link video yang telah dicombinedkan sebelum dan selepas kejadian tu berlaku... Aku dah try nak masukkan dalam blog ni tapi tak dapat pulak nak masukkan... Ak just bg linkje la korang try tengok...
(http://www.youtube.com/watchv=Ad_SS1B2mto&feature=g-all ).. Dalam video ni dah dicombinekan sebanyak 5 klip pendek yang telah dirakamkan.. Sebab apa yang aku cakap kat atas tadi yang dia tu pengsan kan.. Ok.. Aku bagi 1 lagi link untuk korang tgk. 


Perhati betul pada 34-37 saat.... Korang tgk keadaan polis dalam kereta tu.... Dia seakan-akan dah tunduk macam sudah pengsan.. Aku pun x pasti la dia pengsan or tak tapi bagi aku la, aku rasa mungkin polis tu pengsan seketika semasa dibaling objek2 keras sebelum dia melanggar orang awam..

Korang tengok dan teliti betul2 video yang aku post kat korang ni... Korang pun boleh berfikir kan yang mana baik dan yang mana buruk.. Tapi bagi aku la, ini adalah perbuatan kurang bermoral la.. Kalau nak berdemo xde masalah sebenarnya tapi berdemo menggunakan saluran yang baik dan ada adab dan tatatertib yang kena jaga...

Setakat ini je kot pandangan aku terhadap apa yang telah terjadi dan kalau korang ada idea2 or pendapat yang bernas, boleh luahkan kat blog aku ni.. Mungkin ada info yang aku lupa tengok kan... Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersalah info... Just nk kongsi pendapat.. Sekian, assalamualaikum...


0 comments:

Post a Comment