Tuesday 17 April 2012

Pandangan newbie blogger terhadap pemansuhan PTPTN






ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA....

Aku sebagai newbie blogger la katakan, ari ni nak mngupas topik pasal PTPTN yang jd heboh2 kt dlm negara kt ni... Demonstrasi sana n sini oleh mahasiswa untuk memansuhkn PTPTN. Isu pemansuhan ini sebenarnya mula menjadi heboh setelah parti pihak pembangkang PKR dan PKR ad mnjanjikan tentang pemansuhan PTPTN... Perlukah PTPTN dimansuhkan sedangkan selama ni PTPTN yang menyara seluruh mahasiswa... Apakah yang dimaksudkan dengan pemansuhan PTPTN???? Pemansuhan tu bermaksud memberi pendidikan percuma kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswa tidak akan merasa menanggung beban hutang PTPTN setelah menghabiskn pembeljaran kelak.

Aku sebagai new blogger di sini tidak menyokong mana2 parti dan aku jenis neutral.. aku tulis pasal ni pun just nak berkongsi pendapat dengan orang ramai dan share aku punya pendapat pasal pemansuhan PTPTN.

Adakah PTPTN perlu dihapuskan or direkabentuk semula oleh kerajaan????

Bagi pendapat aku la, aku rasa PTPTN ni tidak perlu dimansuhkan malah direka bentuk semula oleh kerajaan Malaysia. Aku ad tengok di dalam tv1 pada mggu lepas tentang rancngan yang mengupas pasal isu PTPTN ni... Pada asalnya mahasiswa inginkan pemansuhan PTPTN tapi stelah PTPTN menerangkan secara terpirinci tentang kebaikan dan perlaksaan mereka, mahasiswa pun mencuba untuk memansuhkan pula interest 1% yang dikenakan terhadap mahasiswa.. Aku pun bersetuju juga dengan cadngan memansuhkan interest tersebut, sbbnya di dalam Islam pun interes tersebut dipanggil riba dan kita semua tahu riba tu HARAM di sisi Islam. Apakah dimaksudkn pemansuhan interest 1% tersebut??? Maksudnya setelah menghabiskan study, mahasiswa hanya perlu membayar jumlah pinjaman pokok shaja tanpa mengenkan interest 1%. Pada pendapat aku la, kalau la interst ini dimansuhkan, insyaAllah semua peminjam akan tutup mulut pasal benda ni..

Logik dan realistikkah PTPTN dihapuskan???

Memang logik sebenarnya PTPTN boleh dimansuhkan dan diberi pendidikan percuma kepada mahsiswa, TETAPI tidak realistik. Kita juga kena amik kira bebanan kerajaan untuk menanggung PTPTN seluruh mahasiswa di Malaysia dan setakat ini PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak 7.9 billion kepada mahasiswa. Memang logik kalau kerajaan mampu nk memberi pendidikan percuma tetapi ia tidak realistik dan menyebabkan kerjaan menanggung subsidi yang begitu tinggi. Apa kesannya kalau pertambahan subsidi dan hutang kerajaan???? Ini akan menyebabkan memberi kesan kepada sektor2 lain dari segi kewngan dan mungkin akan merencatkan sumber ekonomi negara. Orang tidak menyedari, sedar dan nampak akan kesan sampingan terhadap negara. Jadi sebelum nk buat keputusan perlulah dikaji secara mendalam tntang ekonomi dan kemampuan negara kita untuk memberikan pendidikan percuma..

Kaitan antara keuntungan minyak dengan PTPTN???

Kecoh ada orang mepertikaikan bila minyak harga naek, pendapatan terhadap hasil minyak negara turut naik... Yes, pernytaan tentang kenaikan harga minyak menaikkan hasil negara memang betul dari segi logiknya tetapi ada sebab-sebabnya dengan kenaikan minyak tidak dapat menolong untuk memberi pendidikan percuma. Memang logik kalau nk mmberi pendidikan percuma dengan menggunakan keuntungan hasil minyak negara tetapi ia tidak realisitk.
Sebab apa aku cakap tidak realisitk sbbnya akan aku terangkan kat korg... Ak ada terbaca 1 blog ne.. Di dalam blog ni menarik perhatian aku membaca pasal keuntungan minyak dengan PTPTN.. Ad 1 contoh yang aku nak kongsikan dengan korang sbbnye ak x pandai pun dlam ekonomi tetapi aku nak korang menilai sendiri la apa yang hendak aku terangkan.

Sebagai contoh la, ni bkn betul2 tau just ak amik contoh dr blog tu...

Harga Minyak Ron 95 : RM 2        
Harga keuntungan Hasil minyak setahun : RM 100 billion
Subsidi Minyak : RM 30 billion        
Harga minyak pasaran dunia : RM3.50

Apa yang korang nampak dengan contoh kat atas ni??? Jom kita bincang2 kan benda apa yang aku tulis kat atas tu. Harga pasaran minyak sekarang RM 3.50 dan harga minyak yang perlu dibayar di Malaysia hanya RM 2. Setelah kita tolak harga pasaran dengan harga minyak di Malaysia, perbezaan lebih kurang RM 1.50.  Perbezaan ini lah harga yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan menyebabkan kerjaan menanggung subsidi tahunan sebnayak RM 30 billion. Pahamkan apa yang dimaksudkn contoh di atas??

Sekarang ni jika la harga pasaran minyak dunia naik kepada RM 4 dan bila harga minyak pasaran dunia naik, orang mestilah menganggap Petronas mendapat keuntungan lagi tinggi dari sebelumnya. Tetapi kita silap menilai sebenarnya.. Memanglah Petronas akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda tetapi bagaimana tentang subsidi yang perlu ditanggung oleh kerjaan??? Contohnya la, harga minyak Malaysia still sama  RM 2 dan harga minyak dunia naik sampai RM 4. Perbezaan di antara harga minyak ni lebih kurang RM 2. Apa yang dapat disimpulkan kat sini, memang Petronas akan dapat keuntungan yang tinggi tapi subsidi pun kan bertmbah tinggi. Kita sebagai rakyat mestilah hendak mngekalkan harga minyak RM 2  jika harga minyak naik sekalipun, tetapi setelah dikaji, subsidi juga akan naik mendadak ekoran kenaikan minyak dunia. Telah menjadi lumrah sebagai manusia, inginkan semua benda murah dan kalau boleh minyak pun nk murah, jadi dengan terjadinya benda macam ini menyebabkan harga subsidi akan lebih meningkat jika harga minyak diturunkan seperti yang diignkan rkayat. Tambhan pula kalau nak mmberi pendidikan percuma terhadap mahasiswa, bertambah lagi la subsidi yang hendak ditanggung kerjaan..

Jadi, fikir2 kan lah apa yang aku cakap ni... Aku bukan nk seblah kerajaan or pembakang tetapi itu la  realiti yang berlaku dalam ekonomi kerajaan kita. Secara kesimpulannya aku x setuju la PTPTN dimansuhkan tetapi mesti direka bentuk semula supaya menyenangkan semua pihak.. Direka bntuk semula tu seperti yang aku da cakapkn td, mansuhkan je interest or riba tu... At least, org berpuas ati membayar pinjaman pokok yang dipinjam shaja dan insyaAllah boleh buat org ttp mlt pasal isu ini...

SEKIAN SAHAJA PENDAPAT AKU TENTANG ISU PTPTN.. BACA, HAYATI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH... ASSALAMUALAIKUM...

0 comments:

Post a Comment