Tuesday 8 May 2012

Antara fakta dan pembohongan BERSIH 3.0


Kali ini aku ingin menyingkap dan berkongsi info tentang fakta dan pembohongan yang berlaku semasa BERSIH 3.0 hari itu.. Aku sebagai rakyat yang neutral dan tidak sokong mana2 parti tapi disebabkan apa yang berlaku hari itu, aku rasakan takkan kita nakkan negara penuh dengan keganasan... Betul tak?? Aku cukup hairan dengan sikap pihak yanga tak habis-habis 'menegakkan benang yang basah' walaupun terjadinya keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu... Rakyat-rakyat Malasyia juga harus membuka mata dan menilai sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah.. Adakah korang nakkan parti memerintah dengan keganasan???? Korang semua boleh fikir dan boleh menilai sendiri dengan kejadian BERSIH 3.0 hari itu....

Okay.. Topik utama yang hendak dibincangkan adalah tentang fakta dan pembohongan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0.. 

Pembohongan 1:

Pembangkang mendakwa tidak diberi peluang mengadakan perhimpunan aman.

Fakta 1:

Penganjur BERSIH 3.0 memang ada minta untuk mengadakan perhimpuanan dan ini telah dipersetujui oleh kerajaan. Dan tiga hari sebelum perhimpunan itu, kerjaan telah memberi kepada pihak BERSIH 3.0 untuk menggunakan 4 tempat untuk mengadakn perhimpunan itu seperti di Stadium Cheras, Stadium Merdeka, Stadium Titiwangsa dan Stadium Nasional Bukit Jalil.. Tetapi apa yang berlaku??? Peserta BERSIH 3.0 still nak gunakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk berhimpun walaupun dah dilarang oleh mahkamah untuk berhimpun di Dataran Merdeka..

Pembohongan 2 :

Polis pukul orang media dan orang awam. Majlis peguam mendakwa polis telah melakukan kekasaran terhadap perserta BERSIH 3.0.

Fakta 2:

Banyak rakaman video menunjukkan kekasaran perserta BERSIH 3.0 terhadap anggota polis dan juga kepada media. Datuk S Ambiga juga turut menyatakan yang beliau tidak akan melakukan keganasan semasa perhimpunan dan beliau turut mengatakan bahawa akan mengikut segala perintah mahkamah yang tidak membenarkan memasuki kawasan larangan tetapi sebaliknya terjadi.. 

Pembohongan 3 :

Polis cetuskan provokasi

Fakta 3 :

Video rakaman ada menunjukkan polis tidak langsung menghalang peserta untuk berdemo. Tindakan polis mula diambil selepas peserta BERSIH 3.0 sendiri merempuh sekatan dan sebagainya.

Pembohongan 4 :

Kenderaan polis merempuh peserta

Fakta 4 :

Kenderaan polis merempuh peserta juga adalah tidak betul.. Cuba kita buka mata dan lihat semua video dan ada video dalam blog aku ini menunjukkan bagaimana rentetan peristiwa itu.. Peserta2 telah membaling macam2 ke dalam kereta mangsa dan ada seorang hamba Allah ini yang telah membaling suatu objek keras masuk dalm kereta.. Selepas itu, baru kereta telah hilang kawalan akibat terkena objek keras di kepala mangsa dan telah melanggar peserta2..

Pembohongan 5 :

Kira-kira 300000 peserta BERSIH 3.0 telah berdemo

Fakta 5 :

Media-media asing telah menganggarkan lebih kurang 50000 sahaja peserta yang terlibat dan pihak polis juga menganggar seramai 35000 perserta yang terlibat dalam perhimpunan itu... 

Pembohongan 6 :

Peserta BERSIH 3.0 keluar berdemo secara sukarela tanpa disupport..

Fakta 6 :

Peserta-peserta BERSIH 3.0 ada yang mengaku diberi duit poket sebanyak RM 100 dan diberikan hotel bajet untuk tempat penginapan dan juga makan minum selama tiga hari. Duit poket ini telah diberikan kepada peserta oleh parti2 pembakang yang menyokong perhimpuanan BERSIH 3.0 ini.

Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan fakta yang terjadi semasa kejadian BERSIH 3.0.. Dekat sini aku just bagi info sedikit sebanyak yang aku pernah baca. Kalau ada tersalah kata, minta maaf banyak2 dan kalau ada tersalah info minta maaf.. Kalau korang ada info lagi tentang pembohongan dan fakta, bolehlah komen kat post ni supaya kita sama2 dapat tengok dan mendapat info bersama.. Sekian, assalamualaikum..




0 comments:

Post a Comment