Saturday 28 April 2012

Apakah terjadi bila kita jatuh sakit????





Assalamualaikum...

Amacam semua??? sihat ke hari ini..... Okay lah.. Hari ini dan pada pagi yang mulia ni aku nak kongsi sikit la dengan korang tentang suatu benda yang kita tidak nampak sebenarnya... Apakah yang terjadi bila kita sakit?? Mesti la kalau tengah sakit, kita akan rasa sakit kan.. Tapi sebenarnya, di sebalik kita sakit, ada benda ynag terjadi tetapi kita tak akan tau dan tak akan nampak benda ini berlaku.. Mesti korang tengah terfikirkan, apa benda yang akan terjadi disebalik kita ni.. Meh aku nak cerita sikit la...... Ni sebagai renungan dan ilmu kepada kita, insyaAllah..

Apabila seseorang hamba Allah S.W.T. jatuh sakit, Allah S.W.T. akan mengutuskan 4 orang malaikat datang kepada hambanya yang sakit. Sebab apa malaikat datang masa kita sakit??Ad 4 sebab mengapa Allah S.W.T. mengutuskan malaikat.. Antara sebabnya macam kat bawah ni...

  1. Malaikat Pertama akan mengambil selera makannya...
  2. Malaikat Kedua akan mengambil rezekinya.,.
  3. Malaikat Ketiga akan mengambil kecantikannya dan wajah menjadi pucat...
  4. Malaikat keempat akan mengambil dosanya..
Apakah yang akan terjadi kalau kita dah kembali sembuh???? Apabila telah sampai waktu Allah S.W.T. tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah S.W.T. akan menyuruh malaikat pertama, malaikat kedua dan malaikat ketiga untuk memulangkan kembali apa yang telah mereka ambil dari hambaNya yang sudah sihat dari sakit. Akan tetapi Allah S.W.T. tidak menyuruh malaikat keempat memulangkan kembali  dosan hambaNya itu.. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah S.W.T. terhadap hambaNya. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah S.W.T. memberi kita sakit, bersyukurlah dan ucapkanlah Alhamdulillah ke atasNya. Kita kena ingat, sesungguhnya segala sakit yang diberikan kepada hambaNya itu adalah penghapus dosa-dosa kecil.. InsyaAllah.. Apa yang paling penting, melakukan ibadat dan teruskan berdoa untuk meminta kesejahteraan x kira di dunia or di akhirat.. Sama-sama kita, insyaAllah..

Setakat ini sahaja yang aku nak kongsi dengan korang.. Harap aku dapat memberi info sikit la kat korang semua.. Kita ambil semua ni sebagai teladan dan kita berharap iman kita akan lebih teguh dari sebelumnya.. InsyaAllah.. Sekian, assalamualaikum.

Thursday 26 April 2012

Kenapa kita di larang minum berdiri???



Assalamualaikum....

Pada petang ni, aku nak berkongsi la sedikit ilmu kepada korang dan juga kepada diri aku gak... Post kali ini aku nak berbincang kenapa dan mengapa Rasullah S.A.W. telah melarang kita minum bendiri?? Kita sebagai manusia biasa, memang selalu membuat sesuatu perkara tanpa mengetahui kebaikan dan keburukan benda yang kita buat tu...Pergilah kemana saja, mesti kita akan lihat orang yang akan minum bediri.... Aku pun kadang2 minum berdiri gak... Tapi setelah aku baca dan memahami mengapa kita ditegah minum berdiri, inysaAllah kita sama2 buang tabiat ini.. Okay, sekarang ni aku akn bagi la sedikit info mengapa kita ditegah minum berdiri..

Mahupun di dalam dunia Islam dan dunia realiti ni pun kita ditegah minum berdiri... cuma kita shaja yang tak mempraktikkan kepada kehidupan seharian kita.. Dalam hadis ada menyebut tentang larangan minum berdiri iaitu hadis yang diriwayatkan oleh muslim di dalam kitab minuman iaitu hadis yang ke 3771.  Hadisnya berbunyi begini :' Terjemahan : dari anas r.a. sesungguhnya nabi Muhammad S.A.W. melarang minum berdiri'. 

Yang di atas ini adalah daripada hadis...Kajian dari sudut sains pula, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani pernah mengatakan bahawa ' sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk adalah lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas'. Ini disebabkan apabila kita makan or minum, makanan or minuman tersebut akan melalui dinding perut dengan perlahan jika kita duduk.. Sebaliknya jika kita minum berdiri, air akn lalu di dinding perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara seperti ini selalu terjadi dalam masa jangka yang agak lama, ini akan menyebabkan perut menjadi longgar dan makanan or minuman akan susah untuk dihadam.

Menurut pandangan dari seorang pakar lagi iaitu Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya akan menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan semasa kita berdiri.  Aku pun tak tau la macam mana bentuk sistem otak masa kita berdiri tapi macam di atas inilah otot kita berkerja semasa berdiri.

Apakah yang dikatakan sistem saraf pusat tu/?? Sistem saraf pusat tu adalah gabungan di antara sistem saraf tunjang dan otak. Keadaan otot yang rehat adalah paling penting untuk kita minum or makan dan keadaan yang rehat ini semasa kita dalam keadaan duduk... Dengan kita duduk, sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan rehat akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyebabkan makanan dapat diserap dengan cara yang betul.

Jenis-jenis kentut..





Assalamualaikum.....

Selamat kembali.. Huuuuhu.. Okay, hari ini aku rasa nak merapu sikit la tapi mungkin boleh memberi info kepada korang... Hari ini aku akan menceritakan tentang jenis-jenis kentut yang ada kat serata dunia ni... Semua orang kentut kan, jadi xd masalah la kalau aku nak ceritakan serba sedikit tentang jenis-jenis kentut ni... Tapi sorry la kalau topik ini terlampau buruk, just nak berkongsi.. Hehehehhe... Meh aku storykan jenis2 kentut ni kat korang...

Tak jujur :

  • Orang yang kentut tapi sengaja salahkan orang lain..
Bengong : 
  • Orang yang tahan kentut berjam2....Ish2.. Apa nak dimalukan nak melepaskan kentut.. Semua orang kentut kan, jadi x pyh tahan.. buang je terus.. 
Yakin dengan diri : 
  • Orang yang kentut dengan lantang maknanya orang itu kentut dengan kuat tanpa memikirkan orang lain... Macam ini bagus, yakin pada diri.
Strategik :
  • Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan gelak ketawa yang kuat. Orang yang mcam ini pun bagus sebabnya sebelum dia nk kentut tu sempat lg atur strategi kn..  huhuhuhuh...
Misteri :
  • Orang yang kentut tapi tidak di kesan.. Pelik kan kentut jenis ni... Sebab tu kentut ini dipanggil misteri..
Gugup :
  • Orang yang kentut apabila disergah... Memang gugup lah kan kalau orang sergah kita macam tu.. Kentut tu sampai gugup nak kua tau..
Periang :
  • Kentut pelan2 and then senyum sorang2... Dipanggil periang sebab walao pn dia kentut tapi boleh tersenyum lagi kan....
Pemalu :
  • Kentut yang terkepit2.... Macam mana terkepit lak ne? Ini bermaksud sambil kentut sambik kepit.. huuhuu....



Wednesday 25 April 2012

5 jenis orang yang akan direject untuk jadi pasangan hidup..




Assalamulaikum....

Lama dah x update blog ni... Ok la.. Hari ini aku ingat nak kongsi sikit la info tentang 5 jenis orang  yang akan direject untuk dijadikan  teman hidup... Apa yang aku nak kongsi ni, lelaki or perempuan boleh la take note kan.. Kadang2 kita tengok sebelah perempuan mesti confuse nak memilih calon suami dan kadang2 pun lelaki pun payah nak memilih calon isteri.. Sekarang ini aku ada la guide sikit2 untuk permasalahan yang korang hadapi untuk memilih pasangan hidup.. Walaupun tak banyak, at least korang ada guide la sikit2 kan. Just tuk sharing... Bak perumpaan orang putih, "sharing is caring" kan... Cakap banyak tak guna, sekarang ni aku nak story kat korang serba sedikit la tentang pemilihan pasangan hidup ni...


  1. Pasangan anda  yang selalu mengucapkan kata sayang tapi bila sembang pasal untuk menjalinkan hubungan lebih rapat, pasangan anda itu akan cuba mengelak or akan menyatakan yang dia belum bersedia walaupun anda telah mengenali pasangan anda betahun-tahun lamanya. Orang seperti ini mungkin anggap anda hanya lah teman tapi mesra sahaja.
  2. Pasangan anda yang selalu menelefon or selalu 'message' anda tanpa mengira waktu dan masa. Selalunya lelaki ini akan mengucapkan kata-kata yang dia selalu akan bersama anda tetapi bila anda memerlukan pasangan anda ini, dia akan cuba mengelak.. Tapi anda mesti ingat, kadang2 ada gak pasangan anda yang busy dengan kerja. Oleh itu, macam mana anda hendak tahu dia suka atau tak. Senang saja... Korang perlu test pasangan anda itu berulang kali dan kalau kerap kali anda memerlukan dia tapi dia banyak bagi alasan, itu memang terbukti ada something yang dia sembunyikan dari anda... 
  3. Pasangan anda yang selalu mengajak anda keluar tapi hanya untuk dijadikan teman untuk lepak-lepak sahaja.. Tak salah untuk teman sebagai kawan tapi kalau dah sekali anda menaruh harapan pada si dia tetapi si dia langsung tak memberi sebarang response yang positif kepada anda, anda biarkan je la dia untuk jadikan kawan rapat sahaja. Carilah orang lain yang lebih untuk menjadikan anda teman hidupnya.
  4. Orang  yang sudah mempunyai kekasih tapi selalu kacau anda... Beware dengan orang yang jenis macam ini. Banyak masalah macam ini yang berlaku dalam dunia ini dan anda patutnya berfikiran dengan lebih matang kerana orang yang macam inilah yang akan membuat anda sebagai pemuas nafsu or mengisi masa lapangnya.. Samalah dengan orang yang selalu mengacau awek or pakwe anda... Kita sebagai orang yang boleh berfikir, orang yang macam ini akan suka bila anda bergaduh dengan pasangan anda... Dia akn interfere dan buat-buat take care kepada anda.. Beware kepada orang yang jenis macam ini kerana orang yang macam ini tidak sesuai untuk dijadikan teman hidup anda.
  5. Pasangan  yang selalu anggap dirinya sentiasa betul.. Walaupun sesuatu yang berlaku adalah salah dia, tapi dia still akan salahkan anda.. Tapi harus diingat, dalam sesebuah hubungan mesti ada salah seorang yang mesti kena mengaku kalah.. Lumrah kehidupan, setiap manusia tidak perfect tapi anda mesti ingat kita mesti menyedari kesalahan kita sendiri. Jangan pulak kita berasa ego dan nak je menang selalu. Kalau berterusan macam ini, memang hubungan anda dengan pasangan anda tidak akan kekal kerana tidak ada tolak ansur dalam hubungan.

So, setakat tu je la tips aku boleh bagi...Adakah pasangan anda tergolong dalam kumpulan macam ini??? Kalau ada, pertimbangkan la... Kalau anda nak juga pasangan anda tergolong macam di atas, ikut la.. Jawapan tersrah di tangan anda kerana ini adalah masa depan anda... Jadi, fikir-fikirkan lah.. Kalau anda ada benda yang nak share or nak minta pendapat dari aku..InsyaAllah aku boleh tolong... Atau korang ada lagi jenis-jenis orang lagi yang akan direject jadikan teman hidup, boleh berkongsi pendapat.. 

Setakat ini sahaja dari aku.. Sori kalau ada terkasar bahasa or tersalah info... Sekian, assalamualaikum...


Tuesday 24 April 2012

Hidangan percuma pizza hut untuk kanak-kanak





Assalamualaikum...

Seharian tidak post, hari ini aku nak bagi info sikit la kat korang semua... Sekarang ni Pizza Hut di seluruh Malaysia dan Singapura telah melancarkan tawaran istimewa untuk kanak-kanak je la iaitu "Kids Eat Free Every Day"... Tawaran tersebut ada hidangan terpilihnya tersendiri, antaranya ialah Kidz Bolognaise, Carbonara, Chicken pineapple pizza, Tuna pineapple pizza, Meltz dan Cheesy meatballs.

Ingat tau, tawaran free ni bukannya datang pizza hut dan terus dapat free... Kalau datang terus amik free, x lama la kita dapat merasa pizza hut ni kat Malaysia... Maksudnya free di sini ialah tawaran itu terhad kepada seorang kanak2 sahaja setelah membelanjakn RM 20. Jenis-jenis kanak yang macam mana boleh claim untuk ambil tawaran ni??? Okay, meh aku story sikit. Tawaran ini hanya la untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah dan kurang dari 120 sentimeter tingginya atau salah satu darinya.. Amboi, dah macam akta la plak syarat2 nak ambil tawaran free ni... Makanan free yang ditawarkan itu hanya boleh dimakan di pizza hut sahaja dan tidak dibenarkan bawa balik... 

Erm... Setakat ini saja la info terkini yang aku nak bagi kat korang... Berharap dapat la membantu korang...Sekian, assalamualaikum....

Monday 23 April 2012

Bola mangsa tsnumai dijumpai di Alaska...





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak post tuk petang ni.. Al maklum la, dah terbaca benda yang pelik dan menyebabkan fikiran kita jadi haru biru kan... Kali ini, aku nak kongsi satu story tentang bola mangsa tsunami dijumpai di Alaska.. Sekali kita fikir, macam menipu je kan story ni tapi aku pun xtau sebenarnya betul ke x pernyataan orang yang kat gambar atas ni... Jom dengar cerita aku tentang kejadian aneh ini..

Nama orang ini ialah Misaki Murakami dan dia berasal dari Jepun. Macam mana dia boleh tau itu bola dia??? Sebenarnya, Misaki telah menulis nama dia di atas bola sepak itu. Bola itu hilang semenjak tsunami melanda Jepun tahun lalu dan bola itu dijumpai di pulau terkecil Alaska.. Memang tidak disangka-sangka bola yang hilang sekian lama boleh dijumpai pulak kan.. Ini la dinamakan kuasa Allah S.W.T. 

David Baxter adalah orang yang menjumpai bola ini di Pulau Middleton dan menyuruh isterinya berbangsa Jepun menelefon Misaki Murakami ni. Pasangan ini bercadang untuk menghantar bola tersebut kepada Misaki Murkami kembali.

Setakat ini sahaja yang mampu aku ceritakan.. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa or tersalah information.. Just renungan kita bersama untuk kita lebih mengingati  tentang kekuasaan Allah S.W.T.

Sekian, assalamualaikum...


Rahsia di sebalik garu bontot???




Assalamualaikum....

Seharian x post kat blog ak ni.. Tadi masa ak dok belek2 kat fb aku, aku ternampak satu blog yang menceritakan tentang rahsia garu bontot... Sebelum aku buka, aku tertanya-tanya, apakah rahsianya kita garu bontot kan... Setahu aku, kalau kita garu bontot kalau kita rasa gatal or ada cacing kat celah bontot kan.. Sorry kalau terguna perkataan yang agak kasar tp just nk kongsi apa yang ak ad terbaca dengan korang.. Berbalik kepada blog yang aku baca tu  pasal rahsia garu bontot, aku akan ceritakn apakah rahsianya...

Okay... Blog ni ada menceritakan tentang satu kejadian yang aneh terjadi kepada seorang penganggur di Cameron Highland... Penganggur ni asyik menggaru bontotnya dan orang ramai menganggap bontotnya gatal tapi sebenarnya sangkaan orang ramai tersilap. Habis kalau x gatal, sebab apa dia garu??? Itulah persoalan yang sedang anda semua  fikirkan.. Betul x?? Meh aku ceritakan apa rahsianya penganggur ni garu bontot.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan penganggur tersebut sebabnya sering kali nampak dia garu bontot.. Kalau kita tengok pun, mesti pelik kan tengok orang sama je yang selalu garu bontot. Setelah di tahan, penganggur tesebut ditahan dan polis telah check keselurahan anggota badannya termasuk di bontotnya.. Apakah polis jumpa? 

Rupanya-rupanya polis jumpa 8.90 gram heroin dalam duburnya. Ish2..... Ingatkan apa rahsianya kan, rupa-rupanya menyimpan dadah kat celah bontot.. Macam2 kan orang sekarang ni nak menyimpan dadah...X rasa geli ke nak amik dadah tu kat celah bontot... Huhuhuhh....

Setelah didapati bersalah, lelaki tersebut di tahan reman selama 4 hari di lokap IPD  bagi membantu siasatan.. Apakah yang kita dapat dari story kat atas ni??? Jangan sangka orang yang garu bontot tu gatal sebenarnya, mungkin dia ada menyimpan something kt celah bontot dia.. Hahahahaha... Jangan lak korang saja2 pergi tangkap orang yang garu bontot, kang dapat free lima ringgit kat muka or makan kasut saiz 8 pulak...

Sorry kalau ada terkasar bahasa or tersilap information.. Just nak kongsi cerita ini dengan korang suma...
Sekian, assalamualaikum...

Sunday 22 April 2012

IPTS akan lumpuh tanpa PTPTN... Betul Ke???





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak berkongsi pasal PTPTN ni... Saja nak ajak korang bagi pendapat dan kita berborak pasal PTPTN ni.. Di Malaysia ini ada lebih kurang 500 IPTS yang masih beroperasi dan ia mungkin akan melumpuhkan lebih kurang semua IPTS di negara kita kalau la PTPTN ni dimansuhkan terus. Sebab apa pulak sebab PTPTN dimansuhkan, IPTS akan lumpuh???? Jom kita sama2 bincangkan hal ini.. 

Ramai di kalangan pelajar membayar yuran pengajian dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN mereka.. Cuba korang bayangkan kalau la PTPTN dimansuhkan, apakah akan jadi dekat IPTS di Malaysia ini? Aku tau memang lah ada sesetengah pihak yang akan menyatakan yang diaorg layak membiayai yuran pengajian sendiri tapi bagaimanakah dengan pelajar2 yang cemerlang tapi hidupnya miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran mahupun nak berbelanja kelak.. Kita hidup ni jangan terlalu pentingkan diri dan kita harus ingat masih ada orang yang di belakang kita masih memerlukan bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajian dan kelak akan berkerja... 

Okay.. Berbalik dengan persoalan asal kita, dengan pemansuhan PTPTN ni akan memberi banyak kesan negatif yang mendalam terhadap pusat2 pengajian di negara kita. Apakah kesan2 negatifnya tu??? Jom kita bincangkan bersama... Antara kesan negatif yang aku nampak sangat ketara akan berlaku adalah mungkin IPTS2 di negara kita akan ditutup operasi sebabnya penuntut2 memang tidak ada choice yang lain untuk membuat pinjaman untuk pengajian selain PTPTN.. Jadi bila PTPTN dah dimansuhkan, penuntut2 akan berhutang wang yuran pengajian dan semestinya lah kalau semua orang berhutang, macam mana IPTS nk beroperasi kan..


Ada juga yang menyatakan sebab apa tidak serap je semua orang dekat IPTA/???? Harus diingatkan kat Malaysia ini  lebih kurang 20 IPTA je yang ada dan tidak mampu untuk menyerap semua pelajar2 IPTS yang lain jika IPTS dihentikan operasinya.. 


Bagi aku la, PTPTN ni tidak perlu dimansuhkan  sebabnya akan effect dekat seluruh IPTS2 kat Malaysia ni malahan akan effect juga dekat industri pengajian tinggi tempatan tapi kerajaan boleh melumpuhkan 1% bunga yang dikenakan terhadap peminjam2 PTPTN. Tu je cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini.  Kepada korang2 yang ingin memberi pendapat tentang PTPTN ni, silalah memberi pendapat.. Mungkin pendapat aku ni kurang bernas tapi ini just pendapat dari aku terhadap hal ini.. INGAT!!! ADA ORANG YANG MASIH MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN....


Setakat ini je kot pandangan aku terhadap isu ini.. Minta maaf kalau ada tersalah maklumat dan terkasar bahasa....Sekian, assalamualaikum....

Apa nk jadi dengan budak zaman sekarang....




Assalamualaikum...

Hari ini ak nk berkongsi sikit la masalah budak2 zaman sekarang ni... Tengok kat atas ni, ada satu contoh surat memohon cuti oleh seorang pelajar sekolah rendah kot... Aku tak bermaksud nak malukan or aibkan sesiapa tapi just nak kongsi je... Surat atas ni ditulis oleh seorang pelajar cina x salah aku... Tapi bagi aku la, walaupun korang cina ke, melayu ke, india ke, ap2 jenis bangsa pun, kita kan 1 Malaysia.. Jadi, kenalah mahir dalam bahasa kebangsaan kan iaitu bahasa melayu.. 

Korang baca sendiri la apa yang budak ni tulis... Yang paling aku lawak tengok, siap ada campuran rojak bahasa melayu ngn bahasa cina... Adus... Come on my future leader, memalukan la kalau jadi mcm ni... Aku pun x tau la budak ni nak tulis surat atau nak buat lawak kat cikgu dia... wakakkakakaa...

Aku tau memang peranan seorang cikgu untuk mendidik bakal2 pemimpin masa hadapan ni tapi harus ingat cikgu just boleh mengajar di waktu sekolah saja. Apa2 pun ini adalah peranan ibu bapa juga untuk mendidik anaknya di rumah.. Ak tau kadang2 ada sesetengah ibu bapa yang begitu busy dengan kerja tapi itu tidak menjadi penghalang untuk mengajar anak masing2. Jadi, ibu bapa apa salahnya waktu malam check  buku anak masing2 kan..  Just betulkan apa yang patut.. 

Ok la,.. Setakat ini je kot untuk post kali ini.. Minta maaf kalau ad terkasar bahasa, just nak kongsi ngn korang suma... Korang sendiri boleh nilai dengan tengok gambar kat atas ni... Just renungan kita bersama..InsyaAllah...

Assalamualaikum...


Saturday 21 April 2012

Hukum meniup lilin pada hari lahir???





Assalamualaikum...

Pada malam yang indah ni, aku nak bersembang tentang hukum meniup lilin pada hari lahir ( birthday dalam omputeh)... Sebenar-benarnya, sambut birthday sebenarnya x salah  sebabnya Rasulullah S.A.W. setiap hari isnin beliau berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian, setiap tahun kita sebagai umat islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah S.A.W. pada setiap tahun 12 Rabiulawal. Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana ini adalah salah satu platform untuk kita mensyukuri nikmat Allah S.W.T yang tidak ternilai kerana melahirkan kita di muka bumi ini.

Tapi kita kena ingat, kalau majlis hari lahir ini kita menyambut dengan tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, berlakunya maksiat dan banyak lagi... Maka dengan tidak mengikut syarak, hukumnya jatuh kepada haram...

Yang atas just mukadimah untuk menyambut hari lahir... Ok, skang ne kita masuk pulak persoalan yang selalu disoal oleh orang ramai tentang hukum meniup lilin pada hari lahir. Budaya ini sebenarnya bukan datang daripada budaya Islam, meniup lilin ini sebenarnya datang dari  budaya barat. Hadis Rasulullah S.A.W. pernah berkata "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia bukan datang dari golonganku "... Apakah yang dimaksudkan dengan hadis td?? Maknanya kalau kita mengikut perbuatan yang datang dari bukan budaya Islam, maka kita tidak tergolong dalam golongan orang Islam... Lebih kurang macam tu la maksudnya.. Wallahu'alam... 

Jelas dengan penerangan di atas, bahawa merayakan hari lahir dengan meniup lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia selalu dipraktikkan oleh agama Kristian. Dan ini bermaksud hukum meniup lilin pada hari lahir adalah jatuh kepada hukum haram kerana ia bukan dari budaya orang Islam. Habis, kalau x boleh meniup lilin, bagaimanakah cara untuk menyambut hari lahir mengikut budaya islam??? Ok, begini jawapannya.. Cara menyambut hari lahir mengikut budaya islam seperti mengadakan doa selamat, membuat kenduri kesyukuran, dan menjemput seluruh kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan bertujuan untuk menguatkan lagi tali silaturrahim sesama manusia.

Akhir kata, jadilah umat islam yang mengikut segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan perkara mungkar dan syubhah, kerana ini menjamin kita di dunia dan di akhirat.. Rayakanlah hari lahir kita sepertimana yang telah ditetapkan oleh syarak, mudah-mudahan majlis yang kita buat itu mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Sekian untuk post kali ini.. Harap semua mendapat manfaat bersama dengan penerangan di atas.. Wallahua'alam... Assalamulaikum..

Hukum memakai bulu mata palsu!!!!





Assalamualaikum...


Ok... Hari ini aku nk berborak tentang pemakaian bulu mata palsu ni..Kadang2 kt nampak sendiri kn orang islam memakai bulu mata palsu.. Kepada pembaca2 sekalian (terutama perempuan), korang tau x ap hukumnya memakai bulu mata palsu?? Ok, meh ak ceritakan sedikit dan memberi sedikit ilmu pengetahuan tentang hukum pemakaian bulu mata palsu ni...

Pemakaian bulu mata palsu ini adalah haram selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu. Kat bwh ni, ak ad la sertakan satu Hadis Sahih al-Bukhari (no: 5934)..

"Allah melaknat wanita yang menyambing rambutnya dan meminta rambutnya disambung. "

Apa2 perbuatan tabarruj yakni berhias diri dengan melampau maka ia diharamkan dalam Islam. Pemakaian maskara adalah harus selagi mana ia tidak merubah wajah sebenar dan bahan yang diigunakan tidak ada unsur syubhah dan tidak kalis air. Sebab apa tidak kalis air? Sebabnya, takut dibimbangi ketika mengambil wuduk air itu tidak rata ke anggota wuduk.

Aku sebagai sedara sesama Islam, just nak menasihatkan gunalah maskara yang tidak menonjol ketebalan bulu mata tersebut sehingga menarik perhatian kaum lelaki. Sesungguhnya tabarruj atau pemakaian perhiasan yang berlebihan itu adalah di zaman jahiliah.

Sekian shaja topik untuk hari ini. Wallahua'lam.. Assalamulaikum..




Adakah ini Proton Preeve???




Assalamualaikum...

Semalam tengah aku dok sibuk bukak fb, ak ternampak la 1 gmbar yang orang post (gambar yang kat atas ni). Ak baca description yang ad kat bawah gambar tu, org tu ckp kereta yang ada dalam gambar tu Proton Preeve.. Apa yang ada kat gmbar kat atas ni???? Cuba korang zoom kan mata korang kat tayar di sbelah hadapan, tayar tu da terkepak seolah-seolah baru lepas excident.. Tapi kalau iktkn logik, kalau excident mesti la ad kenderaan lain selain Preeve ni kn.. Orang ramai yang tengok pic ni, ramai yang komen yang mengatakan Proton Preeve ni x berkualiti.. Betul ke Proton Preeve ni x berkualiti??? Sedangkan kereta ni baru je dikeluarkan productionnye kt pasaran. 

Aku rasa kita tak boleh menilai kereta ni melalui gambar yang kita tgk. Aku rasa mungkin ada sebab logik mengapa Preeve ni jd mcm ne... Aku pun x pasti la gambar ni betul ataupun di edit oleh pihak yang x bertanggungjawab or dengki akan kePOWERan kereta Preeve ne....



Dan aku pun dah terbaca sebab2 mengapa Preeve ne terjadi mcm ne... Aku pun x tau la betul ke x cite yang ak nak kngsi ngn korang, hanya orang yang ada sekat situasi tu je yang tau kejadian sebenar.. Ni dari blog yang aku baca la...

Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 km/j. Namun ketika mahu mengelak kereta lain, Preeve ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta itu melambung.

Ketika kereta ini nk mendarat dari melambung tadi, hentakan yang kuat pada tayar tersebut dan ini menyebabkan keroskan pada lower arm, bumper dan fender. Ini bermakna tiada salah or defect dari Proton sebenarnya. Ini adalah salah dari kecuaian manusia sendiri kn.. Jadi, selepas korang baca penerangan aku kat atas ni, xd da la spelukasi2 yang mengatakan Preeve ni x berkualiti la ap la... Kereta mana2 excident pun akan jadi benda yang sama,.... 

Setakat ni je kot penerangan aku tentang Proton Preeve yang kemalangan baru-baru ini.. Ingat!!!! Jangan menunding jari kepada sesiapa kalau kita x tau cerita itu betul ke x... Siasat and ketahui sesuatu perkara itu sebelum nak menyalahkan seseorang..

Sekian, terima kasih kerana membaca... Assalamulaikum...

Friday 20 April 2012

BERSIH 3.0 akan diteruskan pada 28 April ini





Assalamualaikum...

Semalam aku ad terbaca pasal isu BERSIH 3.0 ni dan hari ini ak nk la cita sikit2 info tentang perhimpunan ini. Mungkin agak terlewat ak nk kongsi info ni tapi at least korang yang belum baca ni dapat la gak tau sikit2 pasal BERSIH 3.0 ni. 

Penganjur BERSIH 3.0 ini telah memutuskan bahawa perhimpunan tersebut akan diteruskan pada penghujung bulan ini iaitu pad a 28 April 2012 jam 2 petang di Dataran Merdeka. Pengerusi bersama Gabungan Menunut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Datuk A Samad Said ketika mengumumkan perkara tu berkata perhimpunan ini akan diadakan dengan slogan 'Duduk Bantah'.

Perhimpunan dianjurkan bersama oleh 84 NGO lain itu juga akan berlaku serentak di seluruh negara malahan dunia. Selepas diisytiharkan tentang BERSIH ni, kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan Jawatankuasa Penambahbaikan berhubung Pilihan raya untuk cadangkan penambah baikan Pilihan Raya di negara kita ini. Usul tu telah diutarakan di parlimen dan pihak pembangkang menentang sekeras-kerasnya tentang penubuhan jawantankuasa tersebut..

Tentang tuntutan untuk BERSIH 3.0 ni, korang boleh la tengok kt banner kt ats tu... Itu di antara tuntutan2 yang akan dituntut semasa BERSIH 3.0 ini nanti. Setakat ini je kot info yang aku penah terbaca pasal BERSIH ini... Kesimpulannya, masa BERSIH 3.0 ini berlangsung, ramai2 la kt kuarantin kt rumah.. Kepada yang nk join, tiada paksaan..

Assalamulaikum...


Mahasiswa biadap dalam dalam demo hapus PTPTN





Assalamualaikum....

Hari ini aku still nak mengupas pasal isu PTPTN yang tgh hot skang ni kat negara kita. Aku ad terbaca dekat satu blog pasal mahasiswa biadap dalam demo hapus PTPTN pada 14 April 2012.. Ak pun tertarik nk baca pasal isu ni sebab apa yang biadap sangat mahasiswa ni buat kn... Selepas ak baca dan meilhat video pasal isu ni, aku rasa ini memang biadap dan melampau... Kita sebagai umat Islam telah diajar menghormati orang dan jgan biadap walaupun kita tidak suka or benci kat seseorang... Tapi bila ak tengok video ni, ak terasa apa nk jadi dengan mahasiswa dan umat Islam zaman sekarang ni.. Aku bukan nak menyokong pihak kerajaan or nk sokong pihak pembakang, tapi dengan apa yang aku tengok memang sangat melampaui batas. Di bawah ini, aku akan post video yang ak tengok pasal isu ni dan korang boleh la menilai sendiri bakal2 generasi akan datang negara kita ini. Apakah perbuatan sebegini yang dipelajari di IPTA or IPTS??? Benda ni juga boleh menjatuhkan institusi dan maruah seluruh mahasiswa di negara kita. Orang tak menghlang berdemo tapi nak berdemo pn kena la dengan adab dan tatasusila yang betul. Ak pn terasa malu sebgai seorang mahasiswa tapi ak juga berasa malu sebab ad orang Islam yang berperangai macam ni.. Dah la dalam video tu, di sekeliling  kawasan tu ad bangsa2 lain yang sedang melihat. Korang x malu ke bangsa2 lain melihat melayu yang beragama Islam berperangai macam ni???





Cuba korang tengok video kat atas ni dan korang boleh menilai sendiri di mana adab dan tatasusila mahasiswa dan seorang umat Islam??????

Setakat ni je la untuk post kali ini.. Sori kalau ada tersalah info dan terkasar bahasa. Bukan bermaksud nak menyakiti sesiapa tapi ini lah realiti kehidupan di negara kita sekarang ini.. Sekian..

Assalamulaikum..



Thursday 19 April 2012

Aktivis mahasiswa diserang sekumpulan manusia..







Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Ak bgn pg td, ada trbaca tentang ad sekumpulan manusia menyerang geng2 aktivis mahasiswa dekat Dataran Merdeka.. X tau la kumpulan mana yang dtg derang tu tapi teruk gak la geng2 aktivis mahasiswa ni kena serang.. Ak x salahkan mana2 pihak sbbnya dua-dua pihak ada salahnya masing2... Ak dapat rasakan la, selagi isu PTPTN ni belum selesai selagi tu kes tido dekat Dataran Merdeka akan berleluasa dan mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan akan menyerang lagi geng2 aktivis ni.. Pihak kerajaan harus menyelsaikan masalah PTPTN ni dengan cepat dan membuat sekali lagi rundingan meja bulat dengan geng2 aktivis ini dan menyatakan kata sepakat tentang isu ini... Kt sebagai rakyat Malaysia, sanggupkah kita tengok negara kita tidak aman??? Bagi aku la, ak x snggp nk hadapi rusuhan2 mcm ni.. Ok la,cakap banyak x guna kn. Berbalik pada tajuk asal, ni rentetan peristiwa yang berlaku dalam 2.30 pagi 19/04/2012.... Sumber ni aku ada terbaca dari fb salah seorang aktivis mahasiswa ni... 


Rentetan peristiwa aktivis mahasiswa diserang sekumpulan manusia di Dataran Merdeka :


2.30 AM : Deberitakan seramai 60-70 aktivis mahasiswa berda di Dataran Merdeka. Suasana ketika ini masih lagi tenang dengan pihak aktivis mahasiswa membincangkan agenda berikutnya.


2.36 AM : Tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berbaju T-shirt hitam datang meluru ke kawasan perkhemahan tersebut dan disusuli dengan geng tersebut. Pihak aktivis mahasiswa ini tercengang dan tertanya-tanya, siapakah geng2 tersebut yang dtg ke tmpat mereka. Geng2 tersebut datang memerhatikan banner dan keadaan sekeliling.

2.40 AM : Dengan tetiba terdengar salah seorang ahli kmpulan tersebut menjerit "Bangun... Bangun".. Selepas itu kedengaran pula salah seorang ahlinya lagi memekik "Kamera padam, jaga kamera, jangan rakam" ke arah kumpulan aktivis mahasiswa dan orang ramai yang cuba merakam peristiwa itu.

2.43 AM : Secara tiba-tiba, geng2 tersebut datang menarik2 dan menggeledah khemah tersebut sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera. Kedengaran sekali lagi jeritan dari geng2 tersebut mengatakan " Balik tidur rumah laa, jangan nak kecohkan Malaysia, bangsa melayu apa macam ni, kalau x suka Malaysia pergi negara lain la" dan kedengaran percakapan kurang sopan oleh geng2 tersebut. Keadaan menjadi kelam kabut dengan khemah2 disepak dan dicabut, makanan juga disepak dan dicampakkan ke rmput. Banyak handphone dirampas sbb x nk ad org rakam peristiwa tu. Pihak aktivitis mahasiswa segera memanggil empat anggota polis yang kebetulan berada tidak jauh dr tmpat tersebut. Adengan tumbuk menumbuk pun berlaku walaupun ada anggota polis kerana geng2 tersebut marah akan tindakan pihak aktivis mahasiswa cuba merakamkan kejadian itu. Anggota polis tersebut x dapat menahan geng2 tersebut kerana keadaan yang kelam kabut.

2.50 AM : Tiba-tiba terdapat seorang aktivis mahasiswa tersebut ditarik ke jalan raya dan dibelasah oleh lima orang geng2 tersebut. Ramai yang dtng menolong dan kelihatan tiga buah kenderaan polis datang ke tempat kejadian. Anggota polis tersebut mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan tersebut. Suasana di Datarn Merdeka sedikit reda dengan kehadiran anggota polis. 

2.55 AM : Anggota polis tersebut pergi membantu seorang aktivis mahasiswa dibelasah sehingga berdarah2 dan telah dikejarkan ke hospital setelah ambulans dipanggil. Polis meleraikan pergaduhan tersebut. 

3.00 AM : Kelihatan rundingan di antara pihak polis dan geng2 tersebut di satu sudut berhmpiran pancutan air dan salah seorang daripada geng tersebut ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Walaupun keadaan makin reda, pihak aktivis mahasiswa ni masih berjaga2 sebab terdapat lg geng2 tersebut di sekitar Dataran Merdeka. Terdapat beberapa org cedera dalam insiden tersebut dan telah pun dikerjakan ke hospital. Terdapat juga kehilangan dan kerosakan barang seperti handset dan kamera.

Tu la serba sedikit tentang rentetan peristiwa semalam yang berlaku di Dataran Merdeka. Sebenarnya ad lg, tapi ni ak amik secara ringkas je.. Korang bc, fahami dan menilai sendiri la siapa salah dalam hal ni.. Tapi bg ak la, ak x sokong mn2 n ak rasa la dua2 pihak ada salah. Di manakah tindakan kerajaan dan xkan kita sebagai rakyat Malaysia nk berdiam diri melihat benda ni terjadi?? Fikir2 kan la.. Bg ak, ak rasa solution terbaik perlu adakan sekali lagi rundingan meja bulat di antara pihak kerajaan dengan aktivis2 mahasiswa ini supaya kata sepakat dan keputusan muktamad dapat dibuat. Oleh itu, xdak la terjdi lg benda2 mcm ni kat negra kt yang aman ne.. 

Mungkin korang kurang jelas dan kurang nampak ngn rentetan peristiwa tu kot sebabnya ak tulis kn, memang la x nmpak. Hahhaha.. Gurau je.. Kat sini ak msukkan video pasal peristiwa semalam untuk korang tengok. Krang tengok elok2 , fahami and menilai sendiri siapa yg slah... Macam ak ckp sebelum ni, ak rasa dua2 ad slhnya sendiri. 


Ok la.. Mlas nk ckp and merapu banyak2... Kalau ada tersalah information ak mnta maaf dari hujung rmbt smpai ujung kaki.. Kalau ada pihak yang terasa dengan percakapan ak ni, ak pn nk mnta maaf.. Ak just nk kongsi benda yang berlaku kat negara kita ni dan just nk bg pndpt je...

Sekian, assalamualaikum...









Tuesday 17 April 2012

Proton Preeve - Kereta idaman



Proton Preeve???? Suma tertanya-tanya sebab pe nama kereta baru keluaran proton ni diberi nama Preeve. Ramai juga yang menyatakan bahawa kereta Preeve ne sama dengan kereta konsep Tuah yang pernah diceritakan sebelum ne. Sangkaan orang ramai tu adalah salah sebabnya proton Tuah tu just kereta konsep dan setakat ini kereta konsep tidak pernah dikeluarkan jadi kereta production. Pameran sebegini memperkenalkan proton Preeve perlu diadakan bagi menghilangkn kekeliruan orang ramai tentang perbezaan kereta konsep dengan kereta production. Proton Preeve ini diubahsuai daripada perkataan asal bahasa inggeris iaitu 'Proof" dalam bahasa melayunya bukti.



Perkataan Preeve tu juga diolah dan dipinjam daripada bahasa Sepanyol yang membawa maksud peruntukan dan ini sekaligus menggambarkan model berkenaan sebagai bukti keupayaan Proton selepas 27 tahun ditubuhkan dalam mengeluarkan produk bertaraf global dan seterusnya setaraf dengan kereta-kereta jenama antarabangsa. Pada permulaan dibuka untuk tempahan, Proton menerima sebanyak 1000 unit dan Proton yakin yang diaorg ni dapat menjual sampai 4000-5000 unit untuk sebulan sbbnya ciri2 kereta proton Preeve ni gempak gak la.. Ak nak ckap pasal spec kereta ni pn, aku bukannya power tntng enjin or tentang kereta ini.. Tapi ak nk kongsi la dengan korang tentang ciri2 kereta ni yang orang dok heboh gempak sangat tu.. Jom kt try tgk spec2 kereta ne.. Selama ak membaca la tentang Proton Preeve ni, ada la sedikit ilmu tentang spec2 yang ad kt Preeve ne.. 

Antaranya terdapat SID (Smart information display system) di dalam kereta tersebut.. Apa yang dikatakan SID?? SID ni terbahagi kepada banyak part seperti berapa distance boleh jalan dengan kadar minyak dalam kereta, battery health, gear shift lock indicator, average fuel consumption, home lamp indicator, vehicle intrusion warning... Yang paling ak respect Preeve ne, di dalamnya terdapat WIFI iaitu menggunakan internet jenis YES. 

Dalam Preeve ni gak banyak sensor2 yang dipakai sbbnye lampu pun auto (waktu gelap), wiper auto (waktu hujan), climate aircond, rear spoiler, touchscreen GPS navigation, CD/MP3 player with bluetooth, usb and ipod connectivity. Sori kalau tercakap omputih, x tau nk trnslate.. hahhaa.. Harap2 fhm la... Stkat tu je la yang ak tau tentang spec2 yang ad kt Preeve ni.. Kalau ad penambahan, boleh diberitahu untuk pengetahuan bersama.

Proton Preeve ni ad 6 jenis colour iaitu Blue Lagoon, Fire red, Genetic silver, Solid white, Tranquility black and Elegant brown. Tu je la jenis2 kaler yang ad kt Proton Preeve ni.. Dok ckp pasal warna ngn spec2, jgn lpa plak tgk harga kereta proton Preeve ni...

Ada 3 jenis harga yang dijual :
  1. 1.6 premium CVT  : RM 72990 (metallic) and RM 72540(solid)
  2. 1.6 executive CVT : RM 62990 (metallic) and RM 62540(solid)
  3. 1.6 MT executive : RM 59990(metallic) and RM 59540(solid)
Setakat tu saja la ilmu pengetahuan aku tentang Preeve ne... Di harap membantu pembaca2 untuk menilai sendiri kePOWERan Preeve ni... Kalau nk taw lebih terperinci, kn pg tgk sendiri la kereta Preeve tu.. 


Pandangan newbie blogger terhadap pemansuhan PTPTN






ASSALAMUALAIKUM KEPADA SEMUA PEMBACA....

Aku sebagai newbie blogger la katakan, ari ni nak mngupas topik pasal PTPTN yang jd heboh2 kt dlm negara kt ni... Demonstrasi sana n sini oleh mahasiswa untuk memansuhkn PTPTN. Isu pemansuhan ini sebenarnya mula menjadi heboh setelah parti pihak pembangkang PKR dan PKR ad mnjanjikan tentang pemansuhan PTPTN... Perlukah PTPTN dimansuhkan sedangkan selama ni PTPTN yang menyara seluruh mahasiswa... Apakah yang dimaksudkan dengan pemansuhan PTPTN???? Pemansuhan tu bermaksud memberi pendidikan percuma kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswa tidak akan merasa menanggung beban hutang PTPTN setelah menghabiskn pembeljaran kelak.

Aku sebagai new blogger di sini tidak menyokong mana2 parti dan aku jenis neutral.. aku tulis pasal ni pun just nak berkongsi pendapat dengan orang ramai dan share aku punya pendapat pasal pemansuhan PTPTN.

Adakah PTPTN perlu dihapuskan or direkabentuk semula oleh kerajaan????

Bagi pendapat aku la, aku rasa PTPTN ni tidak perlu dimansuhkan malah direka bentuk semula oleh kerajaan Malaysia. Aku ad tengok di dalam tv1 pada mggu lepas tentang rancngan yang mengupas pasal isu PTPTN ni... Pada asalnya mahasiswa inginkan pemansuhan PTPTN tapi stelah PTPTN menerangkan secara terpirinci tentang kebaikan dan perlaksaan mereka, mahasiswa pun mencuba untuk memansuhkan pula interest 1% yang dikenakan terhadap mahasiswa.. Aku pun bersetuju juga dengan cadngan memansuhkan interest tersebut, sbbnya di dalam Islam pun interes tersebut dipanggil riba dan kita semua tahu riba tu HARAM di sisi Islam. Apakah dimaksudkn pemansuhan interest 1% tersebut??? Maksudnya setelah menghabiskan study, mahasiswa hanya perlu membayar jumlah pinjaman pokok shaja tanpa mengenkan interest 1%. Pada pendapat aku la, kalau la interst ini dimansuhkan, insyaAllah semua peminjam akan tutup mulut pasal benda ni..

Logik dan realistikkah PTPTN dihapuskan???

Memang logik sebenarnya PTPTN boleh dimansuhkan dan diberi pendidikan percuma kepada mahsiswa, TETAPI tidak realistik. Kita juga kena amik kira bebanan kerajaan untuk menanggung PTPTN seluruh mahasiswa di Malaysia dan setakat ini PTPTN telah mengeluarkan pinjaman sebanyak 7.9 billion kepada mahasiswa. Memang logik kalau kerajaan mampu nk memberi pendidikan percuma tetapi ia tidak realistik dan menyebabkan kerjaan menanggung subsidi yang begitu tinggi. Apa kesannya kalau pertambahan subsidi dan hutang kerajaan???? Ini akan menyebabkan memberi kesan kepada sektor2 lain dari segi kewngan dan mungkin akan merencatkan sumber ekonomi negara. Orang tidak menyedari, sedar dan nampak akan kesan sampingan terhadap negara. Jadi sebelum nk buat keputusan perlulah dikaji secara mendalam tntang ekonomi dan kemampuan negara kita untuk memberikan pendidikan percuma..

Kaitan antara keuntungan minyak dengan PTPTN???

Kecoh ada orang mepertikaikan bila minyak harga naek, pendapatan terhadap hasil minyak negara turut naik... Yes, pernytaan tentang kenaikan harga minyak menaikkan hasil negara memang betul dari segi logiknya tetapi ada sebab-sebabnya dengan kenaikan minyak tidak dapat menolong untuk memberi pendidikan percuma. Memang logik kalau nk mmberi pendidikan percuma dengan menggunakan keuntungan hasil minyak negara tetapi ia tidak realisitk.
Sebab apa aku cakap tidak realisitk sbbnya akan aku terangkan kat korg... Ak ada terbaca 1 blog ne.. Di dalam blog ni menarik perhatian aku membaca pasal keuntungan minyak dengan PTPTN.. Ad 1 contoh yang aku nak kongsikan dengan korang sbbnye ak x pandai pun dlam ekonomi tetapi aku nak korang menilai sendiri la apa yang hendak aku terangkan.

Sebagai contoh la, ni bkn betul2 tau just ak amik contoh dr blog tu...

Harga Minyak Ron 95 : RM 2        
Harga keuntungan Hasil minyak setahun : RM 100 billion
Subsidi Minyak : RM 30 billion        
Harga minyak pasaran dunia : RM3.50

Apa yang korang nampak dengan contoh kat atas ni??? Jom kita bincang2 kan benda apa yang aku tulis kat atas tu. Harga pasaran minyak sekarang RM 3.50 dan harga minyak yang perlu dibayar di Malaysia hanya RM 2. Setelah kita tolak harga pasaran dengan harga minyak di Malaysia, perbezaan lebih kurang RM 1.50.  Perbezaan ini lah harga yang perlu ditanggung oleh kerajaan dan menyebabkan kerjaan menanggung subsidi tahunan sebnayak RM 30 billion. Pahamkan apa yang dimaksudkn contoh di atas??

Sekarang ni jika la harga pasaran minyak dunia naik kepada RM 4 dan bila harga minyak pasaran dunia naik, orang mestilah menganggap Petronas mendapat keuntungan lagi tinggi dari sebelumnya. Tetapi kita silap menilai sebenarnya.. Memanglah Petronas akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda tetapi bagaimana tentang subsidi yang perlu ditanggung oleh kerjaan??? Contohnya la, harga minyak Malaysia still sama  RM 2 dan harga minyak dunia naik sampai RM 4. Perbezaan di antara harga minyak ni lebih kurang RM 2. Apa yang dapat disimpulkan kat sini, memang Petronas akan dapat keuntungan yang tinggi tapi subsidi pun kan bertmbah tinggi. Kita sebagai rakyat mestilah hendak mngekalkan harga minyak RM 2  jika harga minyak naik sekalipun, tetapi setelah dikaji, subsidi juga akan naik mendadak ekoran kenaikan minyak dunia. Telah menjadi lumrah sebagai manusia, inginkan semua benda murah dan kalau boleh minyak pun nk murah, jadi dengan terjadinya benda macam ini menyebabkan harga subsidi akan lebih meningkat jika harga minyak diturunkan seperti yang diignkan rkayat. Tambhan pula kalau nak mmberi pendidikan percuma terhadap mahasiswa, bertambah lagi la subsidi yang hendak ditanggung kerjaan..

Jadi, fikir2 kan lah apa yang aku cakap ni... Aku bukan nk seblah kerajaan or pembakang tetapi itu la  realiti yang berlaku dalam ekonomi kerajaan kita. Secara kesimpulannya aku x setuju la PTPTN dimansuhkan tetapi mesti direka bentuk semula supaya menyenangkan semua pihak.. Direka bntuk semula tu seperti yang aku da cakapkn td, mansuhkan je interest or riba tu... At least, org berpuas ati membayar pinjaman pokok yang dipinjam shaja dan insyaAllah boleh buat org ttp mlt pasal isu ini...

SEKIAN SAHAJA PENDAPAT AKU TENTANG ISU PTPTN.. BACA, HAYATI DAN FIKIR-FIKIRKANLAH... ASSALAMUALAIKUM...

Bapa mahasiswa : Saya sokong mahasiswa di sini


Saksikan lah video selama 5 minit lebih ne, bapa kepada seorang mahasiswa ne menyokong mahasiswa yang buat demonstrasi kat Dataran Merdeka.. Dengan korg tgk video ne, korg nilai la sendiri... Aku x suka politik dan aku jenis neutral, x sokong mana2.... Just renungan kita bersama.......

Siswa di Dataran Merdeka terima khemah


Pelajar yang menduduki kawasan Dataran Merdeka untuk menuntut pengajian percuma menerima khemah baru hari ini untuk menggantikan khemah yang didakwa dirosakkan oleh pegawai Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.


Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam perkhemahan yang masuk hari ketiga hari ini.


Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Haziq Abdul Aziz berkata, kumpulan pelajar berkenaan menerima sekurang-kurangnya empat khemah pada hari sabtu, yang didirikan selepas ratusan kumpulan pelajar berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur.




Lima lagi khemah diterima pada malam tadi dan kumpulan pelajar tersebut juga menerim sumbangan makanan, minuman dan wang tunai. Malah, mereka menerima begitu banyak makanan sehingga terpaksa didermakan kepada golongn tidak berumah.


Tiga khemah berkenaan, daripada sekurang-kurangnya 12 khemah yag dimiliki mereka didirikan di Dataran Merdeka. Khemah selebihnya kini disimpan, kata Haziq lagi yang ditemui selepas insiden yang dialamai mereka pagi ini di mana salah satu daripada khemah itu didakwa diruntuhkan pegawai DBKL...

Monday 16 April 2012

Warung 7 eleven..

Sapa yang pnh tgk warung 7 eleven ni kt mn???? hahahaha... ak x pnh tgk la warung ne... kalau ad sesiape pnh tgk, ley la gtaw ak kt mn warung ne... ad keinginan gak nk pg lpak2 kat warung ne... skali pndng mcm style je.. Ni ak rase 7 eleven ms mula2 buka dlu kn... Stndrd la kedai baru bukak, modal sket je... Biar kedai buruk, jnji tag 7 eleven tu ad...

Pelik tapi benar.....


Ak pelik tul dengan gambar ne sebenarnye... sebab tu aku nak kongsi ngan korang kt blog aku ne... sekali tgk memang kreatif, tp bila tgk banyak kali nk tergelak pn ada... hahahha.. tapi xpela, at least dpt merasa gak nek moto besa kan... ap2 pn diaorg ni mg kreatif sebenarnya.. x penah trfikir pn nk wt mcm ne kan.. ne kalau nampak kt hospital sakit jiwa, mg sah kena msuk dlm ne.. tapi, ap pndangan korg tntg gmba ne??? show ur opinion.... 

Tips Kesihatan

Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang mungkin boleh dikongsi bersama mengenai perihal cara pemakanan yang bagus.

Jangan Makan kombinasi makan seperti dibawah ini (must remember) :

  1. Jangan makan SUSU + DAGING
  2. Jangan makan DAGING + IKAN
  3. Jangan makan IKAN + SUSU
  4. Jangan makan AYAM + SUSU
  5. Jangan makan IKAN + TELUR
  6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  7. Jangan makan SUSU + CUKA
  8. Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTE
Di sini aku sertakan sedikit la tips pemakanan yang ideal:

  1. Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dulu kemudian barulah makan nasi.
  2. Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
  3. Jangan makan malam terlalu lewat. Kalau boleh, makanlah makan malam sebelum maghrib.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Selalu apa yang ditulis dalam kitab, memang sahih dan mujarab. Jadi terpulang la nak ikut ke x nak...

Islam menyarankan kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan baik. Berikut ini beberapa amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan :-

  1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
  4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Jadi sama-samalah kita baca tip2 kat atas, fahami betul2 dan sama-samalah kita beramal...

Aku nak berkongsi sedikit tentang cara diet yang pernah aku buat dan terbukti la berkesan. Tetapi ikut korang la nak percaya ke x.. Tapi aku sebagai sedara sesama islam, apa salahnya kita berkongsi pengalaman kan.. Sharing is caring la katakan...

Cakap banyak x guna, sekarang ini aku nak cita sikit la tentang diet aku... Senang je cara diet aku... Firstly, aku x makan pagi dan malam... Aku just makan nasi masa tengah hari tetapi cara pemakanan nasi mesti la kena betul... Cara pemakanan tengoklah kat bawah ni:
  1. Nasi kalau boleh tu ambil la 1 senduk or 2 senduk saja... senduk yang kecil..
  2. Lauk2 mesti la pelbagai tapi jangan la kita pairkan makanan seperti di atas. Lemak amatlah tidak digalakkan untuk makan.
Aku penah dengar orang cakap kalau x makan pagi senang mengalami kegemukan. Facts tu memang benar, tapi aku ada mengamalkan supplement lain la untuk menampung makanan pagi aku... Aku mengamalkan supplement ni pagi dan malam... Supplement tu adalah Herbalife macam gambar kat bawah ni....


Herbalife ini terdiri dari 3 formula:

  1. Formula 1( Sebelah kiri ): Campuran shake soya berkhasiat tinggi
  2. Formula 3( 2 dari kiri )    : Sumber protein soya dan whey untuk pembentukan badan
  3. Satu set campuran herba Tea Mix : Mempercepat pengeluaran bahan buangan badan
Kombinasi-kombinasi produk di atas merupakan kunci kepada kepantasan penurunan berat badan dan pembentukan badan yang anda inginkan....

1 lagi jangan lupa, kena buat senaman gak sikit2. At least 1 hari ambil masa 30 minit untuk senaman. x kisah la senaman apa2 pun, contohnya push up, sit up, jogging or ap2 je senaman yang ad alam dunia ne...

Selamat membaca, memahami dan mengamalkan.. InsyaAllah berhasil... Kalau ada usaha, ada la hasilnya..