Wednesday 25 April 2012

5 jenis orang yang akan direject untuk jadi pasangan hidup..




Assalamulaikum....

Lama dah x update blog ni... Ok la.. Hari ini aku ingat nak kongsi sikit la info tentang 5 jenis orang  yang akan direject untuk dijadikan  teman hidup... Apa yang aku nak kongsi ni, lelaki or perempuan boleh la take note kan.. Kadang2 kita tengok sebelah perempuan mesti confuse nak memilih calon suami dan kadang2 pun lelaki pun payah nak memilih calon isteri.. Sekarang ini aku ada la guide sikit2 untuk permasalahan yang korang hadapi untuk memilih pasangan hidup.. Walaupun tak banyak, at least korang ada guide la sikit2 kan. Just tuk sharing... Bak perumpaan orang putih, "sharing is caring" kan... Cakap banyak tak guna, sekarang ni aku nak story kat korang serba sedikit la tentang pemilihan pasangan hidup ni...


  1. Pasangan anda  yang selalu mengucapkan kata sayang tapi bila sembang pasal untuk menjalinkan hubungan lebih rapat, pasangan anda itu akan cuba mengelak or akan menyatakan yang dia belum bersedia walaupun anda telah mengenali pasangan anda betahun-tahun lamanya. Orang seperti ini mungkin anggap anda hanya lah teman tapi mesra sahaja.
  2. Pasangan anda yang selalu menelefon or selalu 'message' anda tanpa mengira waktu dan masa. Selalunya lelaki ini akan mengucapkan kata-kata yang dia selalu akan bersama anda tetapi bila anda memerlukan pasangan anda ini, dia akan cuba mengelak.. Tapi anda mesti ingat, kadang2 ada gak pasangan anda yang busy dengan kerja. Oleh itu, macam mana anda hendak tahu dia suka atau tak. Senang saja... Korang perlu test pasangan anda itu berulang kali dan kalau kerap kali anda memerlukan dia tapi dia banyak bagi alasan, itu memang terbukti ada something yang dia sembunyikan dari anda... 
  3. Pasangan anda yang selalu mengajak anda keluar tapi hanya untuk dijadikan teman untuk lepak-lepak sahaja.. Tak salah untuk teman sebagai kawan tapi kalau dah sekali anda menaruh harapan pada si dia tetapi si dia langsung tak memberi sebarang response yang positif kepada anda, anda biarkan je la dia untuk jadikan kawan rapat sahaja. Carilah orang lain yang lebih untuk menjadikan anda teman hidupnya.
  4. Orang  yang sudah mempunyai kekasih tapi selalu kacau anda... Beware dengan orang yang jenis macam ini. Banyak masalah macam ini yang berlaku dalam dunia ini dan anda patutnya berfikiran dengan lebih matang kerana orang yang macam inilah yang akan membuat anda sebagai pemuas nafsu or mengisi masa lapangnya.. Samalah dengan orang yang selalu mengacau awek or pakwe anda... Kita sebagai orang yang boleh berfikir, orang yang macam ini akan suka bila anda bergaduh dengan pasangan anda... Dia akn interfere dan buat-buat take care kepada anda.. Beware kepada orang yang jenis macam ini kerana orang yang macam ini tidak sesuai untuk dijadikan teman hidup anda.
  5. Pasangan  yang selalu anggap dirinya sentiasa betul.. Walaupun sesuatu yang berlaku adalah salah dia, tapi dia still akan salahkan anda.. Tapi harus diingat, dalam sesebuah hubungan mesti ada salah seorang yang mesti kena mengaku kalah.. Lumrah kehidupan, setiap manusia tidak perfect tapi anda mesti ingat kita mesti menyedari kesalahan kita sendiri. Jangan pulak kita berasa ego dan nak je menang selalu. Kalau berterusan macam ini, memang hubungan anda dengan pasangan anda tidak akan kekal kerana tidak ada tolak ansur dalam hubungan.

So, setakat tu je la tips aku boleh bagi...Adakah pasangan anda tergolong dalam kumpulan macam ini??? Kalau ada, pertimbangkan la... Kalau anda nak juga pasangan anda tergolong macam di atas, ikut la.. Jawapan tersrah di tangan anda kerana ini adalah masa depan anda... Jadi, fikir-fikirkan lah.. Kalau anda ada benda yang nak share or nak minta pendapat dari aku..InsyaAllah aku boleh tolong... Atau korang ada lagi jenis-jenis orang lagi yang akan direject jadikan teman hidup, boleh berkongsi pendapat.. 

Setakat ini sahaja dari aku.. Sori kalau ada terkasar bahasa or tersalah info... Sekian, assalamualaikum...


0 comments:

Post a Comment