Monday 7 May 2012

Kotak tisu boleh dijadikan kamera intipan???




Assalamualaikum...

Da lama agaknya tak upload blog ni... Hari ini terasa lak nak mengupdatekan blog ni... Macam biasa la, aku nak mengupas or nak memberi info sedikit tentang kotak tisu... Kalau dikatakan kotak tisu, semua orang mesti ingat ada tisu di dalamnya kan... Sekarang ni teknologi da semakin maju dan kotak tisu alaf baru ini dikatakan boleh dijadikan kamera intipan. Betul ke kotak tisu pun boleh dijadikan kamera intipan?? Semua orang mesti rasa pelik dengan kenyataan ini tetapi di zaman serba canggih ini macam2 boleh jadi.. Sebab tu sekaag ni banyak orang yang terkantoi video yang macam2 kan... Okay, sekarang ni mari kita bincangkan tentang info ini..

Kamera intipan sekarang ini, ada dijual dalam pelbagai bentuk dan saiz dan juga boleh menjadi bentuk sesuatu barangan seperti penyangkut baju, pembersih udara, jam dan macam2 lagi la.. Macam pelik kan, kamera intip ni boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk tetapi harus diingat sifat2 kamera intip ni selalunya tanpa wayar dang operasinya menghantar data kepada penerima tanpa memakai wayar. Korang mesti pelik kan macam mana nk bagi dekat penerima jika tiada wayar??? Meh la aku nak cerita sedikit tentang kamera intip ni.. Video yang dirakam oleh kamera intip ini akan direkod dan disimpan di dalam memori dalaman alat tersebut atau kad memori yang berasingan.. Kat bawah ini aku letak la gambar serba sedikit tentang jenis2 kamera intip yang ada kat pasaran sekarng ini..


Dekat gambar kat atas ni, anda dapat lihat bagaimana kamera intip ini di pasang pada alat2 tertentu.. Macam2 dah sekarang ni ada... Oleh itu, kita kena ambil langkah berjaga2 jika ada orang yang tidak dikenali mengekori or mendekai kita.. Mungkin dia adalah seorang spy kan.. At least, sediakan payung sebelum hujan... 

Berbalik kepada cerita asal pasal kotak tisu ni.. Kotak tisu ini pun dah ada kat pasaran selama lima or enam tahun yang lalu... Da lama sebenarnya benda ini ada, cuma kita je yg x tau wujudnya benda ini.. Cuba anda tengok kat gambar di atas sekali, cuba anda perhatikan di kod bar kotak tisu itu.. Sebenarnya di atas kod bar tu terdapat kamera intip yang dipasang.. Video yang boleh dirakam oleh kamera intip ini selama dua jam dengan kad memori bersaiz 4 gigabyte.. Sebenarnya ada kebaikan gak kamera intip kotak tisu ini.. Kepada parents yang terlalu sibuk bekerja kan, boleh la menggunakan kotak tisu kamera intip ini untuk mengintip amah or orang gaji di rumah mereka kan..

Berapa lama boleh tahan kamera intip ni kan?? Meh la ak story sedikit kat korang.. Kamera intip ni bergantung kepada bateri yang terdapat di alat tersebut kerana alat ini tidak disambungkan dengan wayar dan tidak dihubungkan dengan bekalan elektrik. Jadi, untuk korang pakai kamera intip ni, elok lah anda test dahulu berapa lama boleh tahan baterinya,....

Setakat ini sahaja info tentang kotak tisu kamera intip ni. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa or tersalah info.. Just untuk memberi info kepada anda dan kepada diriku ini... Sekian, assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment