Sunday 22 April 2012

IPTS akan lumpuh tanpa PTPTN... Betul Ke???





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak berkongsi pasal PTPTN ni... Saja nak ajak korang bagi pendapat dan kita berborak pasal PTPTN ni.. Di Malaysia ini ada lebih kurang 500 IPTS yang masih beroperasi dan ia mungkin akan melumpuhkan lebih kurang semua IPTS di negara kita kalau la PTPTN ni dimansuhkan terus. Sebab apa pulak sebab PTPTN dimansuhkan, IPTS akan lumpuh???? Jom kita sama2 bincangkan hal ini.. 

Ramai di kalangan pelajar membayar yuran pengajian dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN mereka.. Cuba korang bayangkan kalau la PTPTN dimansuhkan, apakah akan jadi dekat IPTS di Malaysia ini? Aku tau memang lah ada sesetengah pihak yang akan menyatakan yang diaorg layak membiayai yuran pengajian sendiri tapi bagaimanakah dengan pelajar2 yang cemerlang tapi hidupnya miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran mahupun nak berbelanja kelak.. Kita hidup ni jangan terlalu pentingkan diri dan kita harus ingat masih ada orang yang di belakang kita masih memerlukan bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajian dan kelak akan berkerja... 

Okay.. Berbalik dengan persoalan asal kita, dengan pemansuhan PTPTN ni akan memberi banyak kesan negatif yang mendalam terhadap pusat2 pengajian di negara kita. Apakah kesan2 negatifnya tu??? Jom kita bincangkan bersama... Antara kesan negatif yang aku nampak sangat ketara akan berlaku adalah mungkin IPTS2 di negara kita akan ditutup operasi sebabnya penuntut2 memang tidak ada choice yang lain untuk membuat pinjaman untuk pengajian selain PTPTN.. Jadi bila PTPTN dah dimansuhkan, penuntut2 akan berhutang wang yuran pengajian dan semestinya lah kalau semua orang berhutang, macam mana IPTS nk beroperasi kan..


Ada juga yang menyatakan sebab apa tidak serap je semua orang dekat IPTA/???? Harus diingatkan kat Malaysia ini  lebih kurang 20 IPTA je yang ada dan tidak mampu untuk menyerap semua pelajar2 IPTS yang lain jika IPTS dihentikan operasinya.. 


Bagi aku la, PTPTN ni tidak perlu dimansuhkan  sebabnya akan effect dekat seluruh IPTS2 kat Malaysia ni malahan akan effect juga dekat industri pengajian tinggi tempatan tapi kerajaan boleh melumpuhkan 1% bunga yang dikenakan terhadap peminjam2 PTPTN. Tu je cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini.  Kepada korang2 yang ingin memberi pendapat tentang PTPTN ni, silalah memberi pendapat.. Mungkin pendapat aku ni kurang bernas tapi ini just pendapat dari aku terhadap hal ini.. INGAT!!! ADA ORANG YANG MASIH MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN....


Setakat ini je kot pandangan aku terhadap isu ini.. Minta maaf kalau ada tersalah maklumat dan terkasar bahasa....Sekian, assalamualaikum....

0 comments:

Post a Comment