Thursday 19 April 2012

Aktivis mahasiswa diserang sekumpulan manusia..







Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Ak bgn pg td, ada trbaca tentang ad sekumpulan manusia menyerang geng2 aktivis mahasiswa dekat Dataran Merdeka.. X tau la kumpulan mana yang dtg derang tu tapi teruk gak la geng2 aktivis mahasiswa ni kena serang.. Ak x salahkan mana2 pihak sbbnya dua-dua pihak ada salahnya masing2... Ak dapat rasakan la, selagi isu PTPTN ni belum selesai selagi tu kes tido dekat Dataran Merdeka akan berleluasa dan mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan akan menyerang lagi geng2 aktivis ni.. Pihak kerajaan harus menyelsaikan masalah PTPTN ni dengan cepat dan membuat sekali lagi rundingan meja bulat dengan geng2 aktivis ini dan menyatakan kata sepakat tentang isu ini... Kt sebagai rakyat Malaysia, sanggupkah kita tengok negara kita tidak aman??? Bagi aku la, ak x snggp nk hadapi rusuhan2 mcm ni.. Ok la,cakap banyak x guna kn. Berbalik pada tajuk asal, ni rentetan peristiwa yang berlaku dalam 2.30 pagi 19/04/2012.... Sumber ni aku ada terbaca dari fb salah seorang aktivis mahasiswa ni... 


Rentetan peristiwa aktivis mahasiswa diserang sekumpulan manusia di Dataran Merdeka :


2.30 AM : Deberitakan seramai 60-70 aktivis mahasiswa berda di Dataran Merdeka. Suasana ketika ini masih lagi tenang dengan pihak aktivis mahasiswa membincangkan agenda berikutnya.


2.36 AM : Tiba-tiba kelihatan seorang pemuda berbaju T-shirt hitam datang meluru ke kawasan perkhemahan tersebut dan disusuli dengan geng tersebut. Pihak aktivis mahasiswa ini tercengang dan tertanya-tanya, siapakah geng2 tersebut yang dtg ke tmpat mereka. Geng2 tersebut datang memerhatikan banner dan keadaan sekeliling.

2.40 AM : Dengan tetiba terdengar salah seorang ahli kmpulan tersebut menjerit "Bangun... Bangun".. Selepas itu kedengaran pula salah seorang ahlinya lagi memekik "Kamera padam, jaga kamera, jangan rakam" ke arah kumpulan aktivis mahasiswa dan orang ramai yang cuba merakam peristiwa itu.

2.43 AM : Secara tiba-tiba, geng2 tersebut datang menarik2 dan menggeledah khemah tersebut sehingga menyebabkan seorang siswi tercedera. Kedengaran sekali lagi jeritan dari geng2 tersebut mengatakan " Balik tidur rumah laa, jangan nak kecohkan Malaysia, bangsa melayu apa macam ni, kalau x suka Malaysia pergi negara lain la" dan kedengaran percakapan kurang sopan oleh geng2 tersebut. Keadaan menjadi kelam kabut dengan khemah2 disepak dan dicabut, makanan juga disepak dan dicampakkan ke rmput. Banyak handphone dirampas sbb x nk ad org rakam peristiwa tu. Pihak aktivitis mahasiswa segera memanggil empat anggota polis yang kebetulan berada tidak jauh dr tmpat tersebut. Adengan tumbuk menumbuk pun berlaku walaupun ada anggota polis kerana geng2 tersebut marah akan tindakan pihak aktivis mahasiswa cuba merakamkan kejadian itu. Anggota polis tersebut x dapat menahan geng2 tersebut kerana keadaan yang kelam kabut.

2.50 AM : Tiba-tiba terdapat seorang aktivis mahasiswa tersebut ditarik ke jalan raya dan dibelasah oleh lima orang geng2 tersebut. Ramai yang dtng menolong dan kelihatan tiga buah kenderaan polis datang ke tempat kejadian. Anggota polis tersebut mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan tersebut. Suasana di Datarn Merdeka sedikit reda dengan kehadiran anggota polis. 

2.55 AM : Anggota polis tersebut pergi membantu seorang aktivis mahasiswa dibelasah sehingga berdarah2 dan telah dikejarkan ke hospital setelah ambulans dipanggil. Polis meleraikan pergaduhan tersebut. 

3.00 AM : Kelihatan rundingan di antara pihak polis dan geng2 tersebut di satu sudut berhmpiran pancutan air dan salah seorang daripada geng tersebut ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Walaupun keadaan makin reda, pihak aktivis mahasiswa ni masih berjaga2 sebab terdapat lg geng2 tersebut di sekitar Dataran Merdeka. Terdapat beberapa org cedera dalam insiden tersebut dan telah pun dikerjakan ke hospital. Terdapat juga kehilangan dan kerosakan barang seperti handset dan kamera.

Tu la serba sedikit tentang rentetan peristiwa semalam yang berlaku di Dataran Merdeka. Sebenarnya ad lg, tapi ni ak amik secara ringkas je.. Korang bc, fahami dan menilai sendiri la siapa salah dalam hal ni.. Tapi bg ak la, ak x sokong mn2 n ak rasa la dua2 pihak ada salah. Di manakah tindakan kerajaan dan xkan kita sebagai rakyat Malaysia nk berdiam diri melihat benda ni terjadi?? Fikir2 kan la.. Bg ak, ak rasa solution terbaik perlu adakan sekali lagi rundingan meja bulat di antara pihak kerajaan dengan aktivis2 mahasiswa ini supaya kata sepakat dan keputusan muktamad dapat dibuat. Oleh itu, xdak la terjdi lg benda2 mcm ni kat negra kt yang aman ne.. 

Mungkin korang kurang jelas dan kurang nampak ngn rentetan peristiwa tu kot sebabnya ak tulis kn, memang la x nmpak. Hahhaha.. Gurau je.. Kat sini ak msukkan video pasal peristiwa semalam untuk korang tengok. Krang tengok elok2 , fahami and menilai sendiri siapa yg slah... Macam ak ckp sebelum ni, ak rasa dua2 ad slhnya sendiri. 


Ok la.. Mlas nk ckp and merapu banyak2... Kalau ada tersalah information ak mnta maaf dari hujung rmbt smpai ujung kaki.. Kalau ada pihak yang terasa dengan percakapan ak ni, ak pn nk mnta maaf.. Ak just nk kongsi benda yang berlaku kat negara kita ni dan just nk bg pndpt je...

Sekian, assalamualaikum...









0 comments:

Post a Comment