Thursday, 26 April 2012

Jenis-jenis kentut..





Assalamualaikum.....

Selamat kembali.. Huuuuhu.. Okay, hari ini aku rasa nak merapu sikit la tapi mungkin boleh memberi info kepada korang... Hari ini aku akan menceritakan tentang jenis-jenis kentut yang ada kat serata dunia ni... Semua orang kentut kan, jadi xd masalah la kalau aku nak ceritakan serba sedikit tentang jenis-jenis kentut ni... Tapi sorry la kalau topik ini terlampau buruk, just nak berkongsi.. Hehehehhe... Meh aku storykan jenis2 kentut ni kat korang...

Tak jujur :

  • Orang yang kentut tapi sengaja salahkan orang lain..
Bengong : 
  • Orang yang tahan kentut berjam2....Ish2.. Apa nak dimalukan nak melepaskan kentut.. Semua orang kentut kan, jadi x pyh tahan.. buang je terus.. 
Yakin dengan diri : 
  • Orang yang kentut dengan lantang maknanya orang itu kentut dengan kuat tanpa memikirkan orang lain... Macam ini bagus, yakin pada diri.
Strategik :
  • Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan gelak ketawa yang kuat. Orang yang mcam ini pun bagus sebabnya sebelum dia nk kentut tu sempat lg atur strategi kn..  huhuhuhuh...
Misteri :
  • Orang yang kentut tapi tidak di kesan.. Pelik kan kentut jenis ni... Sebab tu kentut ini dipanggil misteri..
Gugup :
  • Orang yang kentut apabila disergah... Memang gugup lah kan kalau orang sergah kita macam tu.. Kentut tu sampai gugup nak kua tau..
Periang :
  • Kentut pelan2 and then senyum sorang2... Dipanggil periang sebab walao pn dia kentut tapi boleh tersenyum lagi kan....
Pemalu :
  • Kentut yang terkepit2.... Macam mana terkepit lak ne? Ini bermaksud sambil kentut sambik kepit.. huuhuu....



Wednesday, 25 April 2012

5 jenis orang yang akan direject untuk jadi pasangan hidup..




Assalamulaikum....

Lama dah x update blog ni... Ok la.. Hari ini aku ingat nak kongsi sikit la info tentang 5 jenis orang  yang akan direject untuk dijadikan  teman hidup... Apa yang aku nak kongsi ni, lelaki or perempuan boleh la take note kan.. Kadang2 kita tengok sebelah perempuan mesti confuse nak memilih calon suami dan kadang2 pun lelaki pun payah nak memilih calon isteri.. Sekarang ini aku ada la guide sikit2 untuk permasalahan yang korang hadapi untuk memilih pasangan hidup.. Walaupun tak banyak, at least korang ada guide la sikit2 kan. Just tuk sharing... Bak perumpaan orang putih, "sharing is caring" kan... Cakap banyak tak guna, sekarang ni aku nak story kat korang serba sedikit la tentang pemilihan pasangan hidup ni...


  1. Pasangan anda  yang selalu mengucapkan kata sayang tapi bila sembang pasal untuk menjalinkan hubungan lebih rapat, pasangan anda itu akan cuba mengelak or akan menyatakan yang dia belum bersedia walaupun anda telah mengenali pasangan anda betahun-tahun lamanya. Orang seperti ini mungkin anggap anda hanya lah teman tapi mesra sahaja.
  2. Pasangan anda yang selalu menelefon or selalu 'message' anda tanpa mengira waktu dan masa. Selalunya lelaki ini akan mengucapkan kata-kata yang dia selalu akan bersama anda tetapi bila anda memerlukan pasangan anda ini, dia akan cuba mengelak.. Tapi anda mesti ingat, kadang2 ada gak pasangan anda yang busy dengan kerja. Oleh itu, macam mana anda hendak tahu dia suka atau tak. Senang saja... Korang perlu test pasangan anda itu berulang kali dan kalau kerap kali anda memerlukan dia tapi dia banyak bagi alasan, itu memang terbukti ada something yang dia sembunyikan dari anda... 
  3. Pasangan anda yang selalu mengajak anda keluar tapi hanya untuk dijadikan teman untuk lepak-lepak sahaja.. Tak salah untuk teman sebagai kawan tapi kalau dah sekali anda menaruh harapan pada si dia tetapi si dia langsung tak memberi sebarang response yang positif kepada anda, anda biarkan je la dia untuk jadikan kawan rapat sahaja. Carilah orang lain yang lebih untuk menjadikan anda teman hidupnya.
  4. Orang  yang sudah mempunyai kekasih tapi selalu kacau anda... Beware dengan orang yang jenis macam ini. Banyak masalah macam ini yang berlaku dalam dunia ini dan anda patutnya berfikiran dengan lebih matang kerana orang yang macam inilah yang akan membuat anda sebagai pemuas nafsu or mengisi masa lapangnya.. Samalah dengan orang yang selalu mengacau awek or pakwe anda... Kita sebagai orang yang boleh berfikir, orang yang macam ini akan suka bila anda bergaduh dengan pasangan anda... Dia akn interfere dan buat-buat take care kepada anda.. Beware kepada orang yang jenis macam ini kerana orang yang macam ini tidak sesuai untuk dijadikan teman hidup anda.
  5. Pasangan  yang selalu anggap dirinya sentiasa betul.. Walaupun sesuatu yang berlaku adalah salah dia, tapi dia still akan salahkan anda.. Tapi harus diingat, dalam sesebuah hubungan mesti ada salah seorang yang mesti kena mengaku kalah.. Lumrah kehidupan, setiap manusia tidak perfect tapi anda mesti ingat kita mesti menyedari kesalahan kita sendiri. Jangan pulak kita berasa ego dan nak je menang selalu. Kalau berterusan macam ini, memang hubungan anda dengan pasangan anda tidak akan kekal kerana tidak ada tolak ansur dalam hubungan.

So, setakat tu je la tips aku boleh bagi...Adakah pasangan anda tergolong dalam kumpulan macam ini??? Kalau ada, pertimbangkan la... Kalau anda nak juga pasangan anda tergolong macam di atas, ikut la.. Jawapan tersrah di tangan anda kerana ini adalah masa depan anda... Jadi, fikir-fikirkan lah.. Kalau anda ada benda yang nak share or nak minta pendapat dari aku..InsyaAllah aku boleh tolong... Atau korang ada lagi jenis-jenis orang lagi yang akan direject jadikan teman hidup, boleh berkongsi pendapat.. 

Setakat ini sahaja dari aku.. Sori kalau ada terkasar bahasa or tersalah info... Sekian, assalamualaikum...


Tuesday, 24 April 2012

Hidangan percuma pizza hut untuk kanak-kanak





Assalamualaikum...

Seharian tidak post, hari ini aku nak bagi info sikit la kat korang semua... Sekarang ni Pizza Hut di seluruh Malaysia dan Singapura telah melancarkan tawaran istimewa untuk kanak-kanak je la iaitu "Kids Eat Free Every Day"... Tawaran tersebut ada hidangan terpilihnya tersendiri, antaranya ialah Kidz Bolognaise, Carbonara, Chicken pineapple pizza, Tuna pineapple pizza, Meltz dan Cheesy meatballs.

Ingat tau, tawaran free ni bukannya datang pizza hut dan terus dapat free... Kalau datang terus amik free, x lama la kita dapat merasa pizza hut ni kat Malaysia... Maksudnya free di sini ialah tawaran itu terhad kepada seorang kanak2 sahaja setelah membelanjakn RM 20. Jenis-jenis kanak yang macam mana boleh claim untuk ambil tawaran ni??? Okay, meh aku story sikit. Tawaran ini hanya la untuk kanak-kanak yang berumur 8 tahun ke bawah dan kurang dari 120 sentimeter tingginya atau salah satu darinya.. Amboi, dah macam akta la plak syarat2 nak ambil tawaran free ni... Makanan free yang ditawarkan itu hanya boleh dimakan di pizza hut sahaja dan tidak dibenarkan bawa balik... 

Erm... Setakat ini saja la info terkini yang aku nak bagi kat korang... Berharap dapat la membantu korang...Sekian, assalamualaikum....

Monday, 23 April 2012

Bola mangsa tsnumai dijumpai di Alaska...





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak post tuk petang ni.. Al maklum la, dah terbaca benda yang pelik dan menyebabkan fikiran kita jadi haru biru kan... Kali ini, aku nak kongsi satu story tentang bola mangsa tsunami dijumpai di Alaska.. Sekali kita fikir, macam menipu je kan story ni tapi aku pun xtau sebenarnya betul ke x pernyataan orang yang kat gambar atas ni... Jom dengar cerita aku tentang kejadian aneh ini..

Nama orang ini ialah Misaki Murakami dan dia berasal dari Jepun. Macam mana dia boleh tau itu bola dia??? Sebenarnya, Misaki telah menulis nama dia di atas bola sepak itu. Bola itu hilang semenjak tsunami melanda Jepun tahun lalu dan bola itu dijumpai di pulau terkecil Alaska.. Memang tidak disangka-sangka bola yang hilang sekian lama boleh dijumpai pulak kan.. Ini la dinamakan kuasa Allah S.W.T. 

David Baxter adalah orang yang menjumpai bola ini di Pulau Middleton dan menyuruh isterinya berbangsa Jepun menelefon Misaki Murakami ni. Pasangan ini bercadang untuk menghantar bola tersebut kepada Misaki Murkami kembali.

Setakat ini sahaja yang mampu aku ceritakan.. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa or tersalah information.. Just renungan kita bersama untuk kita lebih mengingati  tentang kekuasaan Allah S.W.T.

Sekian, assalamualaikum...


Rahsia di sebalik garu bontot???




Assalamualaikum....

Seharian x post kat blog ak ni.. Tadi masa ak dok belek2 kat fb aku, aku ternampak satu blog yang menceritakan tentang rahsia garu bontot... Sebelum aku buka, aku tertanya-tanya, apakah rahsianya kita garu bontot kan... Setahu aku, kalau kita garu bontot kalau kita rasa gatal or ada cacing kat celah bontot kan.. Sorry kalau terguna perkataan yang agak kasar tp just nk kongsi apa yang ak ad terbaca dengan korang.. Berbalik kepada blog yang aku baca tu  pasal rahsia garu bontot, aku akan ceritakn apakah rahsianya...

Okay... Blog ni ada menceritakan tentang satu kejadian yang aneh terjadi kepada seorang penganggur di Cameron Highland... Penganggur ni asyik menggaru bontotnya dan orang ramai menganggap bontotnya gatal tapi sebenarnya sangkaan orang ramai tersilap. Habis kalau x gatal, sebab apa dia garu??? Itulah persoalan yang sedang anda semua  fikirkan.. Betul x?? Meh aku ceritakan apa rahsianya penganggur ni garu bontot.

Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan penganggur tersebut sebabnya sering kali nampak dia garu bontot.. Kalau kita tengok pun, mesti pelik kan tengok orang sama je yang selalu garu bontot. Setelah di tahan, penganggur tesebut ditahan dan polis telah check keselurahan anggota badannya termasuk di bontotnya.. Apakah polis jumpa? 

Rupanya-rupanya polis jumpa 8.90 gram heroin dalam duburnya. Ish2..... Ingatkan apa rahsianya kan, rupa-rupanya menyimpan dadah kat celah bontot.. Macam2 kan orang sekarang ni nak menyimpan dadah...X rasa geli ke nak amik dadah tu kat celah bontot... Huhuhuhh....

Setelah didapati bersalah, lelaki tersebut di tahan reman selama 4 hari di lokap IPD  bagi membantu siasatan.. Apakah yang kita dapat dari story kat atas ni??? Jangan sangka orang yang garu bontot tu gatal sebenarnya, mungkin dia ada menyimpan something kt celah bontot dia.. Hahahahaha... Jangan lak korang saja2 pergi tangkap orang yang garu bontot, kang dapat free lima ringgit kat muka or makan kasut saiz 8 pulak...

Sorry kalau ada terkasar bahasa or tersilap information.. Just nak kongsi cerita ini dengan korang suma...
Sekian, assalamualaikum...

Sunday, 22 April 2012

IPTS akan lumpuh tanpa PTPTN... Betul Ke???





Assalamualaikum...

Sekali lagi aku nak berkongsi pasal PTPTN ni... Saja nak ajak korang bagi pendapat dan kita berborak pasal PTPTN ni.. Di Malaysia ini ada lebih kurang 500 IPTS yang masih beroperasi dan ia mungkin akan melumpuhkan lebih kurang semua IPTS di negara kita kalau la PTPTN ni dimansuhkan terus. Sebab apa pulak sebab PTPTN dimansuhkan, IPTS akan lumpuh???? Jom kita sama2 bincangkan hal ini.. 

Ramai di kalangan pelajar membayar yuran pengajian dengan menggunakan wang pinjaman PTPTN mereka.. Cuba korang bayangkan kalau la PTPTN dimansuhkan, apakah akan jadi dekat IPTS di Malaysia ini? Aku tau memang lah ada sesetengah pihak yang akan menyatakan yang diaorg layak membiayai yuran pengajian sendiri tapi bagaimanakah dengan pelajar2 yang cemerlang tapi hidupnya miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran mahupun nak berbelanja kelak.. Kita hidup ni jangan terlalu pentingkan diri dan kita harus ingat masih ada orang yang di belakang kita masih memerlukan bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajian dan kelak akan berkerja... 

Okay.. Berbalik dengan persoalan asal kita, dengan pemansuhan PTPTN ni akan memberi banyak kesan negatif yang mendalam terhadap pusat2 pengajian di negara kita. Apakah kesan2 negatifnya tu??? Jom kita bincangkan bersama... Antara kesan negatif yang aku nampak sangat ketara akan berlaku adalah mungkin IPTS2 di negara kita akan ditutup operasi sebabnya penuntut2 memang tidak ada choice yang lain untuk membuat pinjaman untuk pengajian selain PTPTN.. Jadi bila PTPTN dah dimansuhkan, penuntut2 akan berhutang wang yuran pengajian dan semestinya lah kalau semua orang berhutang, macam mana IPTS nk beroperasi kan..


Ada juga yang menyatakan sebab apa tidak serap je semua orang dekat IPTA/???? Harus diingatkan kat Malaysia ini  lebih kurang 20 IPTA je yang ada dan tidak mampu untuk menyerap semua pelajar2 IPTS yang lain jika IPTS dihentikan operasinya.. 


Bagi aku la, PTPTN ni tidak perlu dimansuhkan  sebabnya akan effect dekat seluruh IPTS2 kat Malaysia ni malahan akan effect juga dekat industri pengajian tinggi tempatan tapi kerajaan boleh melumpuhkan 1% bunga yang dikenakan terhadap peminjam2 PTPTN. Tu je cara yang terbaik untuk menyelesaikan isu ini.  Kepada korang2 yang ingin memberi pendapat tentang PTPTN ni, silalah memberi pendapat.. Mungkin pendapat aku ni kurang bernas tapi ini just pendapat dari aku terhadap hal ini.. INGAT!!! ADA ORANG YANG MASIH MEMERLUKAN BANTUAN KEWANGAN....


Setakat ini je kot pandangan aku terhadap isu ini.. Minta maaf kalau ada tersalah maklumat dan terkasar bahasa....Sekian, assalamualaikum....

Apa nk jadi dengan budak zaman sekarang....




Assalamualaikum...

Hari ini ak nk berkongsi sikit la masalah budak2 zaman sekarang ni... Tengok kat atas ni, ada satu contoh surat memohon cuti oleh seorang pelajar sekolah rendah kot... Aku tak bermaksud nak malukan or aibkan sesiapa tapi just nak kongsi je... Surat atas ni ditulis oleh seorang pelajar cina x salah aku... Tapi bagi aku la, walaupun korang cina ke, melayu ke, india ke, ap2 jenis bangsa pun, kita kan 1 Malaysia.. Jadi, kenalah mahir dalam bahasa kebangsaan kan iaitu bahasa melayu.. 

Korang baca sendiri la apa yang budak ni tulis... Yang paling aku lawak tengok, siap ada campuran rojak bahasa melayu ngn bahasa cina... Adus... Come on my future leader, memalukan la kalau jadi mcm ni... Aku pun x tau la budak ni nak tulis surat atau nak buat lawak kat cikgu dia... wakakkakakaa...

Aku tau memang peranan seorang cikgu untuk mendidik bakal2 pemimpin masa hadapan ni tapi harus ingat cikgu just boleh mengajar di waktu sekolah saja. Apa2 pun ini adalah peranan ibu bapa juga untuk mendidik anaknya di rumah.. Ak tau kadang2 ada sesetengah ibu bapa yang begitu busy dengan kerja tapi itu tidak menjadi penghalang untuk mengajar anak masing2. Jadi, ibu bapa apa salahnya waktu malam check  buku anak masing2 kan..  Just betulkan apa yang patut.. 

Ok la,.. Setakat ini je kot untuk post kali ini.. Minta maaf kalau ad terkasar bahasa, just nak kongsi ngn korang suma... Korang sendiri boleh nilai dengan tengok gambar kat atas ni... Just renungan kita bersama..InsyaAllah...

Assalamualaikum...