Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum...


Tepat jam 0000 13 Mei 2012, aku merasakan sesuatu yang agak sedih dan terasa inginkan ibuku berada di sebelah aku kerana tarikh keramat inilah ialah hari ibu... Aku sangat bersyukur kerana sampai hari ini aku masih bernyawa dan dapat menyumbangkan baktiku terhadap ibuku.. Aku bersyukur kerana ibuku yang melahirkan aku di muka dunia ini dan memberikanku segala kasih sayang yang beliau telah curahkan kepadaku..

Marilah semua orang mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu masing-masing dan menghargai mereka sampai ke hari ini kerana tanpa mereka siapalah kita di muka bumi ini.. Jangan kita sesekali melawan atau memarahi mereka kerana 'Syurga di bawah telapak kaki ibu'. Kita seharusnya selalu mendoakan kesihatan dan mendoakan segala-galaya kepada ibu kita dan kita sebagai anak mestilah sanggup menjaga mereka semasa mereka tua or sakit sepertimana mereka telah menjaga kita semasa kita kecil sehinggalah kita sudah menjadi besar dan matang..

Aku kat sini ingin berkongsi suatu doa yang selalu aku mendoakan kepada kedua ibubapaku tidak kira di mana aku berada. Doanya berbunyi macam ni, ' Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani diriku sejak kecil lagi '. Amin.

Setakat ini sahaja untuk post kali ini.. Minta maaf kalau ad terkasar bahasa atau apa2 je la yang buat korang marah.. Akhir kata, 'SELAMAT HARI IBU'.. Sekian, assalamualaikum....

Tuesday 8 May 2012

Antara fakta dan pembohongan BERSIH 3.0


Kali ini aku ingin menyingkap dan berkongsi info tentang fakta dan pembohongan yang berlaku semasa BERSIH 3.0 hari itu.. Aku sebagai rakyat yang neutral dan tidak sokong mana2 parti tapi disebabkan apa yang berlaku hari itu, aku rasakan takkan kita nakkan negara penuh dengan keganasan... Betul tak?? Aku cukup hairan dengan sikap pihak yanga tak habis-habis 'menegakkan benang yang basah' walaupun terjadinya keganasan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang lalu... Rakyat-rakyat Malasyia juga harus membuka mata dan menilai sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah.. Adakah korang nakkan parti memerintah dengan keganasan???? Korang semua boleh fikir dan boleh menilai sendiri dengan kejadian BERSIH 3.0 hari itu....

Okay.. Topik utama yang hendak dibincangkan adalah tentang fakta dan pembohongan yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0.. 

Pembohongan 1:

Pembangkang mendakwa tidak diberi peluang mengadakan perhimpunan aman.

Fakta 1:

Penganjur BERSIH 3.0 memang ada minta untuk mengadakan perhimpuanan dan ini telah dipersetujui oleh kerajaan. Dan tiga hari sebelum perhimpunan itu, kerjaan telah memberi kepada pihak BERSIH 3.0 untuk menggunakan 4 tempat untuk mengadakn perhimpunan itu seperti di Stadium Cheras, Stadium Merdeka, Stadium Titiwangsa dan Stadium Nasional Bukit Jalil.. Tetapi apa yang berlaku??? Peserta BERSIH 3.0 still nak gunakan Dataran Merdeka sebagai tempat untuk berhimpun walaupun dah dilarang oleh mahkamah untuk berhimpun di Dataran Merdeka..

Pembohongan 2 :

Polis pukul orang media dan orang awam. Majlis peguam mendakwa polis telah melakukan kekasaran terhadap perserta BERSIH 3.0.

Fakta 2:

Banyak rakaman video menunjukkan kekasaran perserta BERSIH 3.0 terhadap anggota polis dan juga kepada media. Datuk S Ambiga juga turut menyatakan yang beliau tidak akan melakukan keganasan semasa perhimpunan dan beliau turut mengatakan bahawa akan mengikut segala perintah mahkamah yang tidak membenarkan memasuki kawasan larangan tetapi sebaliknya terjadi.. 

Pembohongan 3 :

Polis cetuskan provokasi

Fakta 3 :

Video rakaman ada menunjukkan polis tidak langsung menghalang peserta untuk berdemo. Tindakan polis mula diambil selepas peserta BERSIH 3.0 sendiri merempuh sekatan dan sebagainya.

Pembohongan 4 :

Kenderaan polis merempuh peserta

Fakta 4 :

Kenderaan polis merempuh peserta juga adalah tidak betul.. Cuba kita buka mata dan lihat semua video dan ada video dalam blog aku ini menunjukkan bagaimana rentetan peristiwa itu.. Peserta2 telah membaling macam2 ke dalam kereta mangsa dan ada seorang hamba Allah ini yang telah membaling suatu objek keras masuk dalm kereta.. Selepas itu, baru kereta telah hilang kawalan akibat terkena objek keras di kepala mangsa dan telah melanggar peserta2..

Pembohongan 5 :

Kira-kira 300000 peserta BERSIH 3.0 telah berdemo

Fakta 5 :

Media-media asing telah menganggarkan lebih kurang 50000 sahaja peserta yang terlibat dan pihak polis juga menganggar seramai 35000 perserta yang terlibat dalam perhimpunan itu... 

Pembohongan 6 :

Peserta BERSIH 3.0 keluar berdemo secara sukarela tanpa disupport..

Fakta 6 :

Peserta-peserta BERSIH 3.0 ada yang mengaku diberi duit poket sebanyak RM 100 dan diberikan hotel bajet untuk tempat penginapan dan juga makan minum selama tiga hari. Duit poket ini telah diberikan kepada peserta oleh parti2 pembakang yang menyokong perhimpuanan BERSIH 3.0 ini.

Sebenarnya banyak lagi pembohongan dan fakta yang terjadi semasa kejadian BERSIH 3.0.. Dekat sini aku just bagi info sedikit sebanyak yang aku pernah baca. Kalau ada tersalah kata, minta maaf banyak2 dan kalau ada tersalah info minta maaf.. Kalau korang ada info lagi tentang pembohongan dan fakta, bolehlah komen kat post ni supaya kita sama2 dapat tengok dan mendapat info bersama.. Sekian, assalamualaikum..




Monday 7 May 2012

Kotak tisu boleh dijadikan kamera intipan???




Assalamualaikum...

Da lama agaknya tak upload blog ni... Hari ini terasa lak nak mengupdatekan blog ni... Macam biasa la, aku nak mengupas or nak memberi info sedikit tentang kotak tisu... Kalau dikatakan kotak tisu, semua orang mesti ingat ada tisu di dalamnya kan... Sekarang ni teknologi da semakin maju dan kotak tisu alaf baru ini dikatakan boleh dijadikan kamera intipan. Betul ke kotak tisu pun boleh dijadikan kamera intipan?? Semua orang mesti rasa pelik dengan kenyataan ini tetapi di zaman serba canggih ini macam2 boleh jadi.. Sebab tu sekaag ni banyak orang yang terkantoi video yang macam2 kan... Okay, sekarang ni mari kita bincangkan tentang info ini..

Kamera intipan sekarang ini, ada dijual dalam pelbagai bentuk dan saiz dan juga boleh menjadi bentuk sesuatu barangan seperti penyangkut baju, pembersih udara, jam dan macam2 lagi la.. Macam pelik kan, kamera intip ni boleh dijadikan dalam pelbagai bentuk tetapi harus diingat sifat2 kamera intip ni selalunya tanpa wayar dang operasinya menghantar data kepada penerima tanpa memakai wayar. Korang mesti pelik kan macam mana nk bagi dekat penerima jika tiada wayar??? Meh la aku nak cerita sedikit tentang kamera intip ni.. Video yang dirakam oleh kamera intip ini akan direkod dan disimpan di dalam memori dalaman alat tersebut atau kad memori yang berasingan.. Kat bawah ini aku letak la gambar serba sedikit tentang jenis2 kamera intip yang ada kat pasaran sekarng ini..


Dekat gambar kat atas ni, anda dapat lihat bagaimana kamera intip ini di pasang pada alat2 tertentu.. Macam2 dah sekarang ni ada... Oleh itu, kita kena ambil langkah berjaga2 jika ada orang yang tidak dikenali mengekori or mendekai kita.. Mungkin dia adalah seorang spy kan.. At least, sediakan payung sebelum hujan... 

Berbalik kepada cerita asal pasal kotak tisu ni.. Kotak tisu ini pun dah ada kat pasaran selama lima or enam tahun yang lalu... Da lama sebenarnya benda ini ada, cuma kita je yg x tau wujudnya benda ini.. Cuba anda tengok kat gambar di atas sekali, cuba anda perhatikan di kod bar kotak tisu itu.. Sebenarnya di atas kod bar tu terdapat kamera intip yang dipasang.. Video yang boleh dirakam oleh kamera intip ini selama dua jam dengan kad memori bersaiz 4 gigabyte.. Sebenarnya ada kebaikan gak kamera intip kotak tisu ini.. Kepada parents yang terlalu sibuk bekerja kan, boleh la menggunakan kotak tisu kamera intip ini untuk mengintip amah or orang gaji di rumah mereka kan..

Berapa lama boleh tahan kamera intip ni kan?? Meh la ak story sedikit kat korang.. Kamera intip ni bergantung kepada bateri yang terdapat di alat tersebut kerana alat ini tidak disambungkan dengan wayar dan tidak dihubungkan dengan bekalan elektrik. Jadi, untuk korang pakai kamera intip ni, elok lah anda test dahulu berapa lama boleh tahan baterinya,....

Setakat ini sahaja info tentang kotak tisu kamera intip ni. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa or tersalah info.. Just untuk memberi info kepada anda dan kepada diriku ini... Sekian, assalamualaikum..

Saturday 5 May 2012

Pembongkaran misteri BERSIH 3.0...


Assalamualaikum..

Da lama x update blog ni lak kan.... Okay2.. Hari ni aku nak berkongsi lagi pasal cerita polis langgar pendemo masa BERSIH 28 April 2012 yang lalu... Aku ada terlihat 1 video ni memang jelas menceritakan situasi sebenar yang berlaku semasa kejadian itu... Video ini telah di ulas oleh pihak 'Kami Cinta Keamanan'.. Kami Cinta Keamanan ini adalah 1 agensi yang telah mengulas dengan teliti tentang kemalangan yang membabitkan anggota polis dengan pendemo tu... 

Aku dapat rasakan, setelah korang tengok video yang bakal ak pos ni, korang akan lebih nampak dan faham keadaan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas berlaku kejadian berlanggar tersebut.. Korang boleh menilai sendiri, siapa yang betul dan siapa yang salah.... Semua terserah di tangan dan bahu serta mata anda... Macam pernah ak story sebelum ni, ak x berpihak mana2 parti coz aku jenis neutral dan aku rasa Kami Cinta Keamanan ini adalah satu agensi yang tidak menyokong mana2 parti same like me la kan.. Cakap banyak pun x guna, korang pun mesti bosan dan menguap banyak kali kalau aku tulis lagi panjang ni..

Kat bawah ni aku sertakan video siap ada penerangan lagi, bagi korang tengok apa yang telah terjadi sebenarnya.. Kita jangan menuding jari kepada 1 pihak sahaja dan korang kena study dan siasat dulu sebelum nak salahkan seseorang or sesuatu parti... Korang kena buat CSI dulu, br ley taw dengan terperinci. Okay, okay, okay... Korg tengok video bwh ini.


Sekali lagi aku bgtau, korang teliti dan dan tengok betul2 dengan kejadian ini berlaku... jangan miss setiap saat tau... Setakat ini sahaja untuk kali ini.. Kalau ada terkasar dan tersalah info, maafkan diri ini.. Sekian, assalamualaikum..

Wednesday 2 May 2012

Perbincangan tentang polis melanggar pendemo...



Assalamualaikum..

Da lama x update blog ni.. Sekarang ni agak busy, biasalah student kan... Memang banyak keje pn.. Keje2 gak tapi isu negara jangan kita pandang remeh.. Aku kat sini nak la berkongsi pendapat ngan korang tentang BERSIH 3.0 yg berlangsung pada sabtu yang lepas dan aura2 tu masih ada lagi sampai sekarang ni... 

Bagi aku la, nak berdemo xd masalah pun.. Tapi nak berdemo pun ada adab dan tatasusila yang betul, barulah demo tu x jadi huru hara yang berlaku pada Sabtu lepas.. Aku x sokong2 mana2 pihak kerajaan or pembakang tapi kita ni dilahirkan sebagai manusia... Ada otak yang boleh berfikir secara rasional yang mana baik dan yang mana yang x elok.. Macam si penganjur perhimpunana ni Datuk S.Ambiga pernah berucap dan mengatakan bahawa perhimpunan ini akan dilakukan secara aman dan damai tapi apa yang telah jadi??? Sampai kereta polis diterbalikkan dan kawasan yang diharamkan masuk di ceroboh macam tu je...

 Aku sebenarnya tak la salahkan orang ramai 100 % pasal kes polis melanggar salah seorang pendemo pada hari sabtu hari tu.. Mungkin ada salah polis tu gak kan sebab dia melanggar orang awam kan.. Tapi kalau diikutkan la dengan video yang aku tengok tu, polis tu mungkin dah dalam keadaan pengsan.. Okay, mungkin korang macam x percaya kan kalau aku kata dia pengsan.. Tapi korang kena fikir, kalau la korang kat dalam kereta tu, kena pecahkan cermin, kena pukul lagi...Mungkin terkena benda keras kat kepala brader polis tu sampai dia pengsan sekejap.. Semua itu adalah kemungkinan yang aku rasa... Mungkin gak salah brader polis tu coz lalu kat kawasan geng2 BERSIH 3.0 tengah berdemo kan... Tapi yang ternyata la, aku rasa orang ramai yang salah pergi pecahkan cermin, pukul polis tu dan macam2 lagi la.. Memang la polis tu salah lalu tapi apa salahnya korang yang ad hati dan budi yang mulia ni just biarkan je polis tu lalu.. Just provokasi secara luaran je... X payah smpai nak pecahkan cermin kereta dan pijak2 kereta tu. Itu dah dipanggil biadap dan kurang sopan la rakyat malaysia lakukan sedemikian...  

Korang tengok la video yang aku post kat bawah ni.. Ini adalah link video yang telah dicombinedkan sebelum dan selepas kejadian tu berlaku... Aku dah try nak masukkan dalam blog ni tapi tak dapat pulak nak masukkan... Ak just bg linkje la korang try tengok...
(http://www.youtube.com/watchv=Ad_SS1B2mto&feature=g-all ).. Dalam video ni dah dicombinekan sebanyak 5 klip pendek yang telah dirakamkan.. Sebab apa yang aku cakap kat atas tadi yang dia tu pengsan kan.. Ok.. Aku bagi 1 lagi link untuk korang tgk. 


Perhati betul pada 34-37 saat.... Korang tgk keadaan polis dalam kereta tu.... Dia seakan-akan dah tunduk macam sudah pengsan.. Aku pun x pasti la dia pengsan or tak tapi bagi aku la, aku rasa mungkin polis tu pengsan seketika semasa dibaling objek2 keras sebelum dia melanggar orang awam..

Korang tengok dan teliti betul2 video yang aku post kat korang ni... Korang pun boleh berfikir kan yang mana baik dan yang mana buruk.. Tapi bagi aku la, ini adalah perbuatan kurang bermoral la.. Kalau nak berdemo xde masalah sebenarnya tapi berdemo menggunakan saluran yang baik dan ada adab dan tatatertib yang kena jaga...

Setakat ini je kot pandangan aku terhadap apa yang telah terjadi dan kalau korang ada idea2 or pendapat yang bernas, boleh luahkan kat blog aku ni.. Mungkin ada info yang aku lupa tengok kan... Minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan tersalah info... Just nk kongsi pendapat.. Sekian, assalamualaikum...